Sunday, January 01, 2006

Salam 2006


Assalamualaikum...
Hmm...dalam sedar tak sedar...kita dah pun masuk ke tahun 2006... Hari nie jugak bersamaan dengan 1 Zulhijjah 1426H. Lagi 10 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha... Nampaknya tahun nie aku tak dapat laa nak beraya dengan mama aku memandangkan mama aku sedang menunaikan haji tahun nie... tak aper la.. yang penting, mama aku sihat dan dapat menunaikan ibadahnya dengan sempurna...Insya Allah... at least, seminggu sekali aku dapat gaks tau kabar berita daripadanya kerana mama aku rajin gaks antor msg and call... mujur laaa ada member aku ajar mama aku camner nak guna sim card yang dibeli kat Arab Saudi tu... Alhamdulillah... zaman teknologi yang makin berkembang skarang nie memudahkan banyak perkara...
Tapi tak semua perkara yang mampu dimudahkan oleh teknologi... Pada pendapat aku, dalam membina akhlak dan iman seseorang, kita tak boleh bergantung kepada teknologi sepenuhnya. Ia mungkin hanya mampu menjadi salah satu media pemangkin sahaja.. selebihnya terpulang kepada individu itu sendrik...
Setiap kali masuk tahun baru, orang sekeliling selalu bertanya..."Apa azam ko tahun nie?" Hehehe...soalan yang aku paling tak minat nak jawab... ntah laa..tak tau naper.. aku nie takde azam ker?? tak jugak... tapi mungkin kesungguhan untuk menunaikan azam tu dah tak berapa nak ada kot.... hahahaha... macam orang takde arah tuju je aku nie... ye ker??
Apa pun, aku berdoa semoga tahun nie membawa keceriaan dalam hidup aku... aku akan berusaha menjadi seorang isteri yang bertanggungjawab... kalau dulu masa bujang aku memang tak minat nak masak... sejak dah kawin nie, dua tiga bulan kebelakangan nie aku dah mula berminat nak masak... setiap hari aku tak sabar nak balik dari kerja untuk masak... aku mula minta resepi dari kenkawan opis... amik resepi dalam majalah..internet... cumanya kena pilih resepi yang boleh sesuai dengan tekak laki aku laa..kalau tak, dia tak nak makan... mujur laa ada adik aku yang jenis tak memilih sangat makannya...so, aku masak apa pun, dia ok jek...
Ok laa...aku doakan juga semoga tahun 2006 nie membawa kesejahteraan kepada manusia sejagat...walaupun aku nie jenis tak amik port sangat tentang berita dunia semasa... tapi aku ada gaks laa dengar2 citer dari mulut orang je... teruk tul aku nie..dari dulu sampai skang.. susahnya nak berminat untuk mendengar berita atau membaca akhbar... hopefully, tahun nie aku dapat ubahnya...
Salam ceria untuk kenkawan semua...
p/s: Wahai kenkawan yang sesama minat tgk citer "Charmed", Hari Selasa nie mula season baru... jam 8.00 mlm di Star World!!