Letihnya.... Kenapa ngan aku nie ek??
Assalamualaikum...
Hmm...letihnya badan semenjak kebelakangan nie...tak tau naper...rasanya sejak balik dari kampung time Raya Haji minggu lalu, aku rasa terkejar-kejar dengan pelbagai perkara... dari kerja-kerja di pejabat hinggalah kerja-kerja di rumah.....
Semalam plaks dah mula berkursus kat HQ sampailah ke esok hari... 3 hari kursus, 3 hari ler aku naik komuter untuk ke HQ... nak bawa kereta satu bebanan untuk aku memandangkan parking lot kat basement HQ tu mahal bangat... RM3 bagi setiap jam... nak cari bayaran 'per entry' memang ada... tapi jauh ler plaks nak menapak... tak sanggup rasanya... dah ler kena drive, pastu nak kena menapak... dari penat yang double triple gitu, lebih baik aku naik train... cumanya naik train nie kena sabar bebanyak... mana taknya, dah 2 hari time balik aku dok kejar train. Dari atas tangga jejambat yang cantek tu (sebelum cross jalan depan pintu BNM) aku dah berlari mengejar train yang baru je sampai...mujur jugak laa pakai kad Touch N' go... berjaya laa masuk ke pintu terakhir di gerabak yang terakhir tu... by the time aku masuk komuter, dengan nafas yang termengah2 tu, aku call neighbour aku untuk inform aku kat gerabak mana memandangkan dia akan naik komuter dari stesen keretapi Kuala Lumpur. Aku memang ajak dia balik sesama...at least aku ada geng balik ke umah... takde laa balik sesorang... bosan tu... hmm...heharap esok takde lee kena berlari gitu...tapi daripada aku tunggu the next train yang akan tiba 15 - 20 minit kemudian, aku rasa aku lebih sanggup berlari mengejar train... :)
Apa kena dengan aku nie ek?? emm...aku rasa kebelakangan nie jugak aku dok kelam kabut dalam buat kerja...dah le tu, sampai silap buat keputusan... Aaarrggggggggghhhhhh!!!!!!!tensionnyaaaaaaa.... dah le silap buat keputusan, nak betulkan semula kesilapan aku tu, tentunya perlukan masa. Malangnya bos tetap desak aku untuk hadiri kursus 3 hari kat HQ tu... hilang 3 hari masa bekerja aku...harap2 staf aku dapat settlekan 3/4 daripada penyelesaiannya.. aku kesian kat kenkawan aku yg lain... nampaknya memang aku terpaksa le batalkan cuti yg aku dah apply untuk Khamis dan Jumaat nih...
Esok mama akan pulang dari Tanah Suci... flight mama delay sket.. instead of sampai jam 9 pm seperti yang dijadualkan, mama akan tiba jam 9.50 pm... aku, suami aku dan adik aku akan bersama-sama pergi menjemput mama yang pulang bersama-sama makcik dan pakcik aku yang turut serta menunaikan haji di Mekah. Tu sebab la aku apply cuti...tapi aku dah inform kat mama awal2 bahawa aku terpaksa batalkan cuti aku... mama msg kata dia faham, tapi mesti dia letih... erkk.. serba salah aku dibuatnya... nak buat camner ek??? Tolong!!!!! isk isk isk... kelirunyaaaaaaaaaaaaaa nak buat keputusan... :(
Alamak! Tak larat dah nak taip lagi...got to solat and go to bed... to tired to think already...
Ya Allah! Selamatkan mama, makcik dan pakcikku agar mereka semua selamat tiba ke Malaysia dan permudahkan urusan mereka.....
|