Tuesday, January 24, 2006

Opis Riuh??!!

Assalamualaikum...
Hmm...opis yang riuh mengundang suasana ceria dalam pada kita membuat kerja-kerja harian...
Kenapa aku cakap gini?? sebabnya, setiap ari ada je topik yang diperhangatkan oleh semua kenkawan kat opis aku nie.. semuanya berbual secara open... segala pendapat diterima tanpa ada bantahan... siap ditokok tambah lagi... hehhehe... bertambah meriah opis aku nie bila ada yang rajin menyampuk topik² yang sedang diperbahaskan... Hahaha...
Ari nie takde idea nak update blog aku sebenarnya... cuma mata nie dah penat ngadap keje.. so aku pause sebentar... dan terasa hati nie nak update blog...walaupun idea tarak... keh keh keh...
Ok la...aku nie sebenarnya suka collect "motivation words" , "quote" dari orang dan apa-apa je kata-kata mutiara (even sebahagian ayat dari novel yang aku baca) untuk dijadikan sumber inspirasi dan juga ingatan bagi diri sendrik...ada jugak yang aku gunakan bila nak bagi pendapat or idea pada kenkawan yang memerlukan nasihat/pandangan... Semuanya akan aku catatkan pada kertas atau buku nota atau aku copy paste kan dalam dokumen kat pc aku nie... semalam rasanya aku dah paste satu kata-kata yang diutarakan dalam siri "Desperates Housewives"... Sebut pasal cerita tu, ari nie aku ada terbaca dalam yahoo group yang tak menggalakkan kita menonton citer tu... katanya citer tu mengajar suami isteri curang dan berzina dengan orang lain... bagi aku, aku suka tengok citer tu untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan berumahtangga... dalam citer tu ada memaparkan pelbagai konflik yang wujud disebabkan oleh pelbagai punca.. antaranya kurang berkomunikasi, terlalu berahsia dan tiada sifat saling hormat-menghormati antara pasangan. Itu yang menyebabkan tiadanya persefahaman dalam perhubungan tersebut. Emm..tak pandai nak komen lelebih laa bab-bab nie...
Ok laa... ari nie aku nak share lagi satu kata-kata yang aku ambil dari novel.. novel apa, aku tak ingat laa... tapi nie kata-katanya :
"Love is not to forget but to forgive, not to see but to understand, not to hear but to listen, not to let go but to HOLD ON".
Hmm....dalam maksud kata-kata tu. Aku rasalah... bila kita menyintai dan menyayangi pasangan kita, kita perlu memaafkan kesalahan pasangan kita tetapi...bagi aku, it depends pada apa jenis kesalahan dia laa.. kalau kesalahan dia melibatkan dosa-dosa besar, tu terpulang laa pada kita nak memaafkan atau tak.. kalau hanya kesilapan kecil, maybe boleh lagi memaafkan tapi disertai dengan teguran secara lembut agar kesilapan tu tak berulang... Perasaan cinta perlukan pemahaman..bukan boleh dilihat dengan pandangan mata sahaja... perlu didalami dan diselami supaya sama-sama merasainya... dan kalau betul-betul kita cintakan pasangan kita dan dia telah pun sah dalam hidup kita, janganlah sewenang-wenangnya dilepaskan kepada orang lain... jagalah bebaik sebab dia salah satu harta kita yang amat berharga yang dijodohkan oleh Allah kepada kita...
Erkk... terpanjang plaks elaboration tentang kata-kata tu... hehehe.. apa pun... terpulang pada diri memasing jugak lah kan... tepuk dada, tanyalah hati...