Sunday, July 06, 2008

Program Badan Sihat Idaman (BSI) bersama B'Young, ISO.5 dan SS Solution

Assalamualaikum...


Emmm...pelik tak tgk tajuk aku kali nie... hehehe.... sure korang tertanya-tanya... amende laa BSI nie...kan kan kan? pastu ada plaks B'young... ISO.5... SS Solution... hmm... macam tahap kualiti SIRIM plaks nama dia kan??? yang MS ISO dengan nombor-nombor tu... ;)


Ok... meh aku citer serba sedikit pasal semua nie.... Hmm...sejak aku menyertai Program Badan Sihat Idaman (BSI) nie... aku semakin gembira dengan perubahan yan berlaku atas diri aku. Perubahan yang macam mana tu yek?? sure korang tertanya-tanya... kan? Kalau orang yang kenal dan pernah berjumpa aku... diorang selalu kata... "Alaa ai...ko nie sekeping macam dulu gaks... bila nak gemuknya nie??? " Kalau dulu aku agak jengkel laa bila orang dok perli aku macam tu...tapi sekarang tidak lagi....


Walaupun secara luaran orang nampak aku kurus sekeping, tapi yang aku tau, badan aku dah pun mencapai BMI (Body Mass Index) yang ideal walaupun belum optimum... sejak aku mengamalkan minum B'Young Advanced Functional Beverage, aku amat terasa akan keberkesanan produk tersebut. Masa awal pengambilan B'Young nie, berat aku hanya 47kg aje tapi selepas 3 bulan mengamalkannya, Alhamdulillah...berat aku dah naik menjadi 52kg.


Ehh... ada orang kata B'Young nie utk kuruskan badan...camner plaks badan aku boleh naik ek??? Kalau ada antara korang yang dengar fakta gini... jawapan yang sebenarnya ialah...


Formula B’Young membantu badan menyingkirkan toksin, menyelaras serta memulihkan keadaan badan supaya lebih muda dan sihat, mempertingkatkan kecergasan dan ketahanan, melambatkan proses penuaan serta melanjutkan tempoh hayat. Rumusan B’Young bukan sahaja dapat membakar lemak, kandungan seratnya yang tinggi juga dapat mengawal selera makan serta kuantiti makanan. Ia juga amat mudah diserap oleh badan manusia, membantu penghadaman, memperbaiki selera makan, oleh itu tidak akan mengakibatkan pengguna B’Young lebih kurus, sebaliknya dia akan menjadi lebih tegap dan lebih sihat. So, takde istilah mengatakan B'Young nie semata-mata untuk menguruskan badan, tetapi ia membantu kita mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang paling ideal. Nak tau lebih lanjut pasal B'Young, refer kat entri aku di
sini.


Dalam masa yang sama jugak, aku mengamalkan Minuman Serat Campuran ISO.5 seiring dengan pengambilan B'Young nie. Amende ISO.5 tu?? Untuk pengetahuan korang, ISO.5 merupakan MINUMAN SERAT CAMPURAN yang membantu kita untuk mencapai pengambilan serat makanan yang disyorkan. Minuman Serat Campuran ISO.5 yang mengandungi ramuan serat makanan berkesan adalah sumber baik serat larut dan serat tak terlarut. Ia telah diperkaya dengan bakteria baik dan enzim pencernaan tumbuh-tumbuhan hidup yang boleh mengekalkan kesihatan sistem pencernaan usus anda.


Memandangkan aku nie memang sukar nak pastikan pengambilan serat yang mencukupi sebanyak 25g - 38g sehari, maka aku hari nie telah mengambil Minuman Serat Campuran ISO.5 yang mana setiap sachet/peket tersebut mengandungi lebih dari 6g serat makanan yang bersamaan dengan 300g sayuran. Dalam setiap sachet seberat 15g tu jugak, ada lebih dari 0.1g enxim tumbuh-tumbuhan hidup bersamaan dengan pengambilan 3 atau 4 potong betik (yang aku tak suka makan secara direct....hehehe..dari dulu aku tak suka makan buah betik nie) atau nenas. Aku memang jarang nak makan sayur atau buah-buahan setiap hari. Quaker Oat pun dah lama aku berhenti makan sebab leceh nak kena bancuh dengan air yang suam-suam panas. Jadinya bagi aku mengambil ISO.5 nie lebih mudah sebab aku boleh campurkan sepeket Minuman Serat Campuran ISO.5 nie dengan B'Young ke dalam air biasa (tak yah air panas), goncangkan dan minum. Memang amat mudah bagi orang yang malas macam aku nie... hehehe....


Kalau korang nak tau, formulasi Minuman Serat Campuran ISO.5 nie jugak baik untuk kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan yang tidak makan buah-buahan atau sayur-sayuran secukupnya. Pengambilan Minuman Serat Campuran ISO.5 secara berkala boleh memberikan kebaikan serat kepada kita semua. Ok, kat sini aku senaraikan sket laa kebaikkan mende nie...
1. Menggalakkan kesihatan usus yang lebih baik
2. Melancarkan sistem pencernaan
3. Membantu merendahkan kolestrol tidak baik dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
4. Membantu mencegah pembentukan karsinogen, asid hempedu dan sebatian toksin lain
5. Membantu mengaktifkan sistem imun
6. Membantu mengawalaturkan gula dran
7. Memberikan kawalan berat badan yang lebih baik


Kalau untuk kanak-kanak, disyorkan minum sekali sehari pada bila-bila masa manakala untuk dewasa eloknya minum 2 kali sehari, satu sachet setiap kali.


Hmm... bagi produk SS Solution plaks... aku cuma boleh bercerita secara ringkas kat sini je memandangkan aku tak boleh mengambil produk tersebut. Jadi hanya ada fakta-fakta aje tentang produk nie sebab aku takde pengalaman sendrik.


So, apa tu SS Solution nie? MINUMAN GANTIAN HIDANGAN SS Solution (Super Slimming Solution) nie merupakan produk pengurusan berat badan pelbagai fungsi yang selamat dan menyihatkan. Ia diperkuatkan dengan rumusan tersendiri yang seimbang dan bertindak dengan baik untuk membantu kita mencegah pertambahan berat badan dalam jangka panjang. Rumusan minuman berfungsi unik ini mengandungi rangkaian nutrien fito (tumbuhan) yang mampu memberikan secukupnya nutrien yang diperlukan tubuh bagi membantu metabolisme, pembakaran lemak, pembinaan otot dan menyokong fungsi tubuh secara amnya serta memberikan rasa kenyang. Ia terbukti selamat untuk pengambilan kerap demi kesan tiada tandingan dalam membantu mencegah penambahan berat badan serta mengekalkan tahap kesihatan terbaik kita.


Kesan 3R (ehh...macam dlm tv3 plaks ye... hehehe) SS Solution yang menakjubkan ialah :-
a. Redefine : Mentakrifkan semula pengambilan kalori tubuh
b. Rebalance : Mengimbangkan semula sistem tubuh seperti metabolisme dan penyahtoksikkan
c. Regain : Mengembalikan rasa 'ringan' dan kesejahteraan


Kemampuan SS Solution menyekat selera makan dengan memberikan rasa kenyang dapat membantu pengguna untuk merendahkan pengambilan kalori ke tahap yang meggalakkan penurunan berat badan. Dengan kandungan yang tinggi nutrien, SS Solution akhirnya menolong mengembalikan tahap imbangan tubuh termasuklah tahap hormon dan tenaga, sambil memudahkan dan menolong proses pembakaran, penyingkiran dan penyahtoksikan lemak secara semula jadinya. Hasilnya, anda akan memperolehi lebih otot tanpa lemak dan tubuh kurang lemak dengan rasa hebat yang 'ringan', bertenaga dan kesejahteraan menyeluruh.


SS Solution dikhususkan kepada kumpulan sasaran : Obes, Berat Berlebihan dan Berat Ideal, mengikut tahap Indeks Jisim Tubuh (BMI) masing-masing. SS Solution nie kira macam meal replacement (pengganti hidangan) sebab ia adalah produk yang tinggi nutrien (protein, vitamin dan mineral berkualiti tinggi). Kandungan nutrien yang mencukupi ini membolehkan penggunanya menangggung pengambilan makanan yang kurang dan menggunakan tenaga yang tersimpan dalam tubuh.


Kesimpulannya, jika kita mengambil Minuman Gantian Hidangan SS Solution untuk menguruskan berat badan, manakala B'Young Advanced Functional Beverage untuk merangsang fungsi tubuh dan melambatkan kesan penuaan serta Minuman Serat Campuran ISO.5 untuk mencapai kesan sinergi bagi memastikan keadaan kesihatan yang seimbang, makanya kita akan kekal langsing, menjadi lebih muda dan lebih sihat, bukan setakat di luar malah juga di dalam tubuh badan kita nie.


So, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program Badan Sihat Idaman (BSI) nie, boleh laa contact aku di
aicomei@gmail.com atau aicomei@yahoo.com. Bagi sesiapa yang ada no. telefon aku tu, call aje dan kita boleh citer-citer lagi pasal semua nie.


Oh ye...terlupa plaks ek aku nak letak harga... ye tak? hmm... untuk kekal sihat, cantik dan menawan bagi aku produk-produk nie memang amat berbaloi harganya. Untuk B'Young tu boleh la refer semula posting aku yg dulu... tapi buat pengetahuan korang, harga B'Young akan mula naik selepas 17 Julai nie (bukan B'Young aje, yang lelain pun gitu gaks... sorry kenkawan... aku tak dapat nak control kat situ....). Untuk Minuman Serat Campuran ISO.5 nie (1 kotak ada 30 sachet x 15g), harga customer ialah RM132, manakala harga Distributor ialah RM108 (nie sebelum 17 Julai) dan untuk Minuman Gantian Hidangan SS Solution (1 kotak ada 60 sachet x 25g) plaks, harga customer ialah RM488 manakala harga Distributor ialah RM399.


Sebagai rumusan, kesihatan yang baik bermula daripada diet yang seimbang dipenuhi dengan vitamin asas, mineral dan nutrien yang penting. Tetapi bagi kebanyakan orang termasuk yang macam aku nie, tugas dan kerjaya kita lebih diutamakan mengatasi kepentingan untuk memastikan pengambilan makanan seimbang. Atas kesedaran aku yang makin meningkat usia nie (my own health concious laa jugak...), aku join Program Badan Sihat Idaman nie untuk aku nikmati peningkatan kesihatan secara dramatik, meningkatkan juga tenaga dan ketahanan tubuh serta kelihatan semakin hari semakin muda! (siapa tak nak you.... aku suka je bila orang ingat aku nie masih berumur awal 20-an... memang senyum lebar punya laa... hehehe)


Quote of the day : "Kesihatan adalah kekayaan... sekali Allah tarik kesihatan kita, tentunya amat sukar untuk kita kembali sihat seperti dulu... dan bila kita sihat, kita dapat membuat amal ibadat kepada Tuhan, keluarga, masyarakat dan juga negara...Tepuk dada, tanya diri, sihatkah aku??"


Bak kekata dalam radio Hot.FM setiap hari "Renung-renungkan...dan selamat beramal (",) "