Tuesday, October 23, 2007

How To Poison Your Mother-in-Law???

Assalamualaikum...


Dear all, I receive this from an email a long time ago. When I went through it again, I would like to share this lovely story with all of you. Hope you enjoy reading it.




How To Poison Your Mother-in-Law - A China Story


A long time ago in China, a girl named Li-Li got married and went to live with her husband and mother-in-law. In a very short time, Li-Li found that she couldn't get along with her mother-in-law at all.


Their personalities were very different, and Li-Li was angered by many of her mother-in-law's habits. In addition, she criticized Li-Li constantly.


Days passed, and weeks passed. Li-Li and her mother-in-law never stopped arguing and fighting. But what made the situation even worse was that, according to ancient Chinese tradition, Li-Li had to bow to her mother-in law and obey her every wish. All the anger and unhappiness in the house was causing Li-Li's poor husband great distress.


Finally, Li-Li could not stand her mother-in-law's bad temper and dictatorship any longer, and she decided to do something about it.


Li-Li went to see her father's good friend, Mr. Huang, who sold herbs. She told him the situation and asked if he would give her some poison so that she could solve the problem once and for all.


Mr. Huang thought for a while, and finally said,
"Li-Li, I will help you solve your problem, but you must listen to me and obey what I tell you."


Li-Li said, "Yes, Mr. Huang, I will do whatever you tell me to do."


Mr. Huang went into the back room, and returned in a few minutes with a package of herbs. He told Li-Li,
"You can't use a quick-acting poison to get rid of your mother-in-law, because that would cause people to become suspicious. Therefore, I have given you a number of herbs that will slowly build up poison in her body. Every other day prepare some delicious meal and put a little of these herbs in her serving. Now, in order to make sure that nobody suspects you when she dies, you must be very careful to act very friendly towards her. Don't argue with her, obey her every wish, and treat her like a queen."


Li-Li was so happy. She thanked Mr. Huang and hurried home to start her plot of murdering her mother-in-law.


Weeks went by, and months went by, and every other day, Li-Li served the specially treated food to her mother-in-law. She remembered what Mr. Huang had said about avoiding suspicion, so she controlled her temper, obeyed her mother-in-law, and treated her like her own mother. After six months had passed, the whole household had changed.


Li-Li had practiced controlling her temper so much that she found that she almost never got mad or upset. She hadn't had an argument with her mother-in-law in six months because she now seemed much kinder and easier to get along with.


The mother-in-law's attitude toward Li-Li changed, and she began to love Li-Li like her own daughter. She kept telling friends and relatives that Li-Li was the best daughter-in-law one could ever find. Li-Li and her mother-in-law were now treating each other like a real mother and daughter.


Li-Li's husband was very happy to see what was happening.


One day, Li-Li came to see Mr. Huang and asked for his help again. She said,
"Dear Mr. Huang, please help me to keep the poison from killing my mother-in-law! She's changed into such a nice woman, and I love her like my own mother. I do not want her to die because of the poison I gave her."


Mr. Huang smiled and nodded his head.
"Li-Li, there's nothing to worry about. I never gave you any poison. The herbs I gave you were vitamins to improve her health. The only poison was in your mind and your attitude toward her, but that has been all washed away by the love which you gave to her."




So, guys...HAVE YOU EVER REALIZED that how you treat others is exactly how they will treat you?


There is a wise Chinese saying: "The person who loves others will also be loved in return." God might be trying to work in another person's life through you.





Thursday, October 18, 2007

Relationship

Assalamualaikum...


Ari nie aku terima satu email dari seorang sahabat... walaupun simple dan pendek je email tu, tapi isi kandungannya cukup bermakna dan aku nak share dengan korang semua...




A little girl and her father were crossing a bridge. The father knew his daughter was kind of scared so he asked her, "Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river."


The little girl said, "No, Dad. You hold my hand." "What's the difference?" Asked the puzzled father.


"There's a big difference," replied the little girl.


"If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go."


In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond.


So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours... This message is too short......but carries a lot of Feelings.




Hmm...betul laa apa yang disampaikan tu..ye tak? walaupun pendek je, tapi mesej yang cuba disampaikan tu memang cukup mendalam... so, moral di sini.... erkk..fefaham sendrik boleh tak? aku takde idea plaks nak komen lelebih... hehehe...


cau cin cau..


Quote of the day :
"Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain menjadi sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidaklah menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit"

Wednesday, October 17, 2007

Kerja Sudah??

Assalamualaikum...


Hmm...hari nie hari raya ke 5... aku dah pun mula bekerja hari nie... betapa lengangnya opis ku ari nie kerana ramai yang masih bercuti dan memang ramai yang meneruskan cuti sehingga ke hujung minggu nie... jadinya yang ada nie aje laa yang menjadi penyeri kat opis... tempat duduk di kiri dan kanan ku kosong tidak berpenghuni... memang cuti sakan... hehehe.. biar laa.. asalkan mereka gembira di hari raya...


aku malas nak amek cuti panjang... bukan apa, boring duduk rumah sedangkan asben ku sendrik dah mula bekerja sejak semalam... so, daripada duduk di rumah, baik aku siapkan kerja-kerja aku yang berlambak nie...walaupun mood raya masih ada dalam diri nie... tapi mood nak wat keje tu ada laa jugak sket-sket... cuma slow laa nak memulakan kerja... hehehe.. dan bila dah pause masa buat keje nie, nak start semula...adei laa.... memang payah sket aaa... hahahaha..... tapi itu laa mood bekerja di musim cuti perayaan nie... biasa laa tu.... tak sepatutnya wat gitu, tapi ntah ler... tak tau nak describekan macam mana.... pepaham sendrik laa yek...


Hmm... musim raya nie jugak musim hujan petang... dari raya pertama sampai laa ke hari nie... hampir setiap petang hujan turun... ada sesetengah tempat memang kena banjir kilat... kawasan yang tak pernah kena banjir tetiba dilanda banjir kilat... pelik rasanya... namun itu laa kuasa Tuhan kan... siapa kita nak mempersoalkannya... cuma kita perlu tanya semula pada diri kita... apakah itu tanda-tanda peringatan dari Allah? hmm...aku tak berani nak bercerita lelebih pasal semua nie sebab aku nie memang tak berapa arif dalam hal-hal nie... tapi aku sedar Allah menjadikan sesuatu tu ada sebabnya yang mungkin tak terjangkau dek penglihatan kita... tapi sekiranya kita duduk dan berfikir dengan baik... kita akan nampak hikmah di sebalik sesuatu kejadian tu....


Hari nie terasa gaks laa yang masa begitu lambat berlalu... nak kata tak banyak keje...tak jugak.. keje memang banyak...tapi bila sangkut kat satu part tu...tak tau nak bertanya kat siapa... sebab orang-orang yang nak ditanya masih lagi bercuti :( nak tak nak kena laa jugak cari jalan penyelesaiannya sendiri... dari tadi lagi ramai kenkawan mengadu bosan... hehehe... takkan aku nak suruh depa main games plaks...time opis nie... hahaha..sendrik mau ingat laa kan.. aku nie pun amek kesempatan je nie apdet blog... sebab idea nak wat coding dah takde...tapi idea nak menaip tu ada ler sket-sket nie ha.... aku nie bila bosan...mula laa baca blog-blog orang...tak pun baca artikel/cerpen yang ada di memana website... kalau nak baca novel karang, ketara sangat plaks... kalau ngadap pc nie leh laa wat kerja 2 in 1 kot... hehehe...


Hmm...kay la...got to go and do my work back... adios...


Quote for the day :
"Never pretend to a love which you do not actually feel, for love is not ours to command"

Friday, October 12, 2007

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum...

Hmm...last posting aku masa awal Ramadhan ari tu...pejam celik pejam celik...dah bertemu dengan Syawal... cepatnya Ramadhan berlalu... aduhh...rasanya masih banyak lagi amalan yang tertinggal tak diamalkan.... rasa-rasanya dapat tak kita bertemu semula Ramadhan yang akan datang yek??


Esok 1 Syawal akan menjengah kita.... malam nie aku masih lagi berada di Shah Alam... raya tahun nie rasanya terlalu sederhana...persiapan raya pun ala kadar ajer rasanya... untuk pertama kalinya adik kesayangan aku akan beraya nun di perantauan... dia kini menjadi student UNIMAS...(mesti ramai cakap...alaa...takper la..kat Malaysia lagi....) memang laa Sarawak masih lagi dalam Malaysia...namun ketiadaan dia di rumah nie memang terasa....especially oleh mak aku... kitorang tertanya-tanya...apa laa yang akan dia makan di rumah rakannya itu... oh ye... dia dan beberapa orang rakan telah berkampung di rumah coursemate adik aku tu di Petra Jaya. Katanya sampai raya ketiga di sana kot.... then mebe dia akan berehat di rumah makcik aku (adik ayah aku) hingga habis cuti UNIMAS... aku harap dia tabah di sana... esok pepagi mesti nak kena call dia.... harap-harap aku dan dia tak menangis.. hehehe... ye ker?? ntah ler.. tunggu jer laa esok pagi...


Hmm....lagu raya dah lama berkumandang di radio dan TV sejak pertengahan Ramadhan hari tu... lagu baru berselang seli dengan lagu-lagu lama... tapi aku tetap suka dengar lagu-lagu yang lama... kenapa ek?? agaknya sebab lagu lama tu dah selalu didengarkan sejak aku kecik dulu... lagu dulu-dulu tu simple-simple jek...but nice to be heard... hehehe... so bila terdengar lagu baru... yang dah dimodenkan sket nie... macam tak brapa best je rasa.... kekekee...


Sejak sebelum Ramadhan...sampai laa ke Syawal nie...aku memang dihambat kesibukan di pejabat... terlalu banyak kerja yang pending dan request-request dari user yang sampai ke meja aku.... terkejar-kejar rasanya nak siapkan semuanya... sampai satu tahap aku rasa macam nak menjerit je sebab tak suka ditekan macam nie... but kerja tetap kerja... nak tak nak kena siapkan... itukan periuk nasi aku...dan kerja tu kan ibadah... ada harinya aku rasa seronok sangat mengadap kerja-kerja tu (especially bila coding aku menjadi... hehehe... rasa macam dunia ini ana yang punya.... ) tapi ada harinya aku rasa cam tension sangat sampai hilang mood aku nak wat keje... dan ada jugak satu ketika gangguan di tempat kerja menyebabkan aku bertambah tension tapi tak tau cara nak atasi... buat masa nie aku hanya mampu mengatasinya dengan menyumbatkan earphone di telinga sambil mendengar mp3-mp3 kegemaran aku... hehehe...tu jer laa yang mampu aku buat.... malas nak pikir panjang-panjang...dari aku layan gangguan tu...baik aku concentrate siapkan keje aku... ye tak?


Ehh...apahal aku nie ek..malam raya nak citer pasal kerja.... hahaha... tu la... masa tengah tension tak mampu nak tulis...tak mampu nak citer...bila dah rileks camnie..baru laa terasa nak meluahkan segala.... tapi cukup laa sampai di sini aku meluahkan... tak mo lelebih... nanti tak berkat plaks kerja aku jadinya...


Ok laa... di kesempatan nie... aku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan diri. Kalau ada coretan-coretan aku membuatkan korang sebagai pembaca terasa hati... aku minta maaf yek... Aku doakan semoga segala amalan yang kita dah laksanakan di sepanjang Ramadhan tempoh hari akan diberkati Allah... dan aku doakan semoga korang semua berbahagia di bulan Syawal yang mulia nie... aku skang nie dah tak reti nak bermadah-madah... maybe mood pun tak brapa best nak tulis madah-madah raya nie macam sms-sms yang aku terima tak putus-putus sejak smalam...

apa pun... Selamat Hari Raya Aidilfitri yek semua... Maaf zahir dan batin....