Wednesday, July 02, 2008

UJIPAH version 2

Salams,


aku nie tak reti dah nak membuat karangan ala-ala bebudak skolah yang ikut skema jawapan... hehehe...dah hilang rasanya skill tu dalam diri nie... tapi apa pun, ini je la yang mampu aku persembahkan sebagai jawapan kepada soklan cik Tipah kita......


Selamat Membaca ;)



Tipah seorang yang suka menulis. Dia jugak suka merapu meraban dalam blog. Alkisahnya, Tipah mula melibatkan diri dalam dunia blog di waktu yang teramatlah lebih awal dari aku. Sebelum mengenali Tipah nie, aku tak pernah tau pun akan kewujudan dunia blog dan bloggersnya. Tapi setelah mengenali hasil tangan Mat Jan a.k.a Mr Jongkang Jongket, aku mula mengenali dunia blog. Dari blog Mat Jan nie laa aku ternampak nama
Tipahvogue... satu nama yang cukup unik dan memikat sukma aku untuk menjengahkan diri ke ruangan hasil nukilan dia...


Dari hari ke hari aku mengulit kisah-kisah Tipah dari blognya yang putih, bersih dan bermawar putih. Memang blog dia putih, namun perjalanan hidup dia tidak laa seputih itu. Banyak betul asam garam rempah ratus yang dia dah hadapi... itu yang dia tulis secara terang-terangan di dalam blognya....tapi yang tersembunyi disebaliknya tentu penuh dugaan jugak. Dan bila setiap hari membaca kisah dia yang pelbagai...dari yang mencuit hati...sampai laa saat suka dukanya... aku amat teringin sekali bertemu dan mengenali tuan empunya diri, tapi masa tu terbit gaks perasaan segan.... nak ke Tipah nie berkenalan ngan aku yek??


Setau aku (nie dari pembacaan blog cik Tipah ler nie...) cik Tipah nie cukup laa aktif dalam pelbagai aktiviti...tak kira sukan ke...sosial ke... kebajikan ke... hmmm... tak sangka ada lagi orang dalam dunia nie serajin dia membusykan diri... walaupun dia ada masalah kesihatan, tapi kecekalan dia melaksanakan keje-keje dia tu memang buat aku rasa kagum sangat... dan menambahkan keinginan aku laa nak berkenalan dengan gadis yang cilik nie... erkkk.. cilik ker?? tak sangat kot... hehehe...


So, satu hari di awal ambang 2006, aku memberanikan diri laa menghantar emel pada cik Tipah kita nie... aku tanya macam nie kat dia "Just out of curiosity, tipah belajar kat UTM Jalan Semarak ek?? sebab setahu ai, UTM tu je yg mulakan kelas mulai ari nie..Cik Tipah amek course apa? Anyway, selamat berjaya...." Dan...YES! YES! YES! (",) Tak sangka aku dia sudi reply emel aku yg tak seberapa tu... bermula kat situ laa perkenalan aku dengan cik Tipah...dari berbalas emel...sampai la ke suatu ketika berbalas SMS. Dan kebetulan plaks di pertengahan 2006 tu, jabatan aku dipindahkan ke Jalan Raja Laut.... tak jauh dari opis cik Tipah nie... dalam hati aku terdetik la "Emm...ada chance nie nak kenal cik Tipah dengan lebih dekat... boleh la gi jumpa dia face to face sebab opis dah tak jauh..."


So, di satu tengah hari yang cerah, aku pun berjaya membuat temujanji untuk bertemu cik Tipah. Dia memang comel dan ayu... dengan baik hatinya dia telah belanja aku lunch di cafe opisnya yang amat laa cantek... dan aku turut diperkenalkan dengan Mya. Memang seronok bila dah dapat bertemu muka ngan cik Tipah. Dia nie memang laa ceria dan agak keletah laa jugak. Second time aku jumpa masa gi melawat dia kat Tawakal. Terkujat gaks time dapat sms dari dia mohon doakan kesihatan dia. Rerupanya dia ditahan dalam ICU sebab kesesakan nafas. Aku pada awalnya takde la plan nak jengah, tapi kebetulan plaks hujung minggu tu aku tak ke mana-mana, so aku gamble je la gi jengah dia kat spital tu. Aku ajak sorang member aku temankan sama dan cik Tipah memang terkujat la sebab tak sangka agaknya yang aku nak datang jengah dia. Hehehe... Apa pun, aku mmg respek kat dia sebab dia cukup kuat dalam mengharungi dan melawan masalah kesihatan dia yang sering kunjung tiba.


Apapun, perjalanan hidup cik Tipah kita masih panjang. Sebagai kawan dari jauh (erkk.. jauh ke kiter??) aku doakan semoga segala yang cik Tipah impikan akan menjadi kenyataan. Semoga hidup dia dilimpahi kasih sayang, keceriaan dan dikelilingi insan-insan yang tersayang.


T.A.M.A.T




Tu je yang mampu aku perahkan dari otak yang mmg agak blurr minggu nie.. Buat cik Tipah, ai mohon maaf andai ada kenyataan yang menyimpang.... rasanya citer ai nie pun mandom je, kan? takde unsur2 kelakar mahupun sedih... harap dimaafkan atas segala kekurangan... hehehe...


wasalam


Quote of the day :
“Judge a tree from its fruit, not from its leaves”