Yea! Yea! Mama Dah Balik.... Alhamdulillah...
Assalamualaikum....
Alhamdulillah... Pesawat SV5066 yang menerbangkan Mama, makcik dan pakcik dari bumi Jeddah telah selamat mendarat pada jam 1 pagi tadi... Seawal 12.50 tgh malam, aku bersama suami dan adikku telah pun tiba di KLIA dan berjaya mendapatkan tempat di tepi pagar ruang legar berhampiran dengan pintu "Arrivals". Dalam penantian beramai-ramai tu, pelbagai ragam manusia yang dapat aku lihat... ada yang buat lawak jenaka.... ada kanak2 yang dah bosan menunggu... ada yang dah bersedia dengan video cam di tangan... ada yang dah terduduk di tepi-tepi tiang dan tepi-tepi kedai...
Lebih kurang jam 2 pagi barulah Mama, makcik dan pakcik berjaya keluar dengan troli masing-masing yang penuh dengan beg... aku apa lagi..terus laa melambai dan melaung (dengan suara yang takde laa kuat sangat..malu plaks ramai kat situ...hehehe) memanggil Mama.... ramai yang menyambut kepulangan Mama, makcik dan pakcik sebenarnya...antaranya Pak Ngah dan Mak Ngah, Mak Long, Mak Itam dan juga cousin aku Azry (anak makcik dan pakcik). Konon2nya kitorang cadang nak bawak mereka solat jamak di masjid yang dekat dengan KLIA, malangnya masjid dah tutup.. mana taknya dah kul 2 pagi lebih... kalau ikut perancangan awal (yang mana penerbangan Mama yang sepatutnya tiba jam 9.00 pm) memang nak ke sana dan berkelah sket...akhirnya kitorang sebulat suara menuju ke rumah Pak Ngah di BTR sebab itulah tempat paling strategik untuk jemaah yang pulang nie mengerjakan solat jamak.
Lepak kat rumah Pak Ngah tu adalah sampai ke jam 4.30 am... mana taknya... makan lagi..dengan bersembang2 lagi... akhirnya sampai umah aku jam 5 am... aku dan suami terus je tidur. Alangkah penatnya kami sampaikan aku hanya terbangun jam 8.30 pagi tadi.. tu pun sebabnya ada orang call suami aku... kesian kat suami aku sebab dia dah terlewat ke opis.. mujur bos dia tak bising...dia kata semuanya OK... lega.. aku plaks?? kononnya nak batalkan cuti yang aku dah apply sebab nak settlekan kerja2 yang tertangguh kat opis tu... tapi disebabkan dah lewat sangat bangun... aku call ler staf aku...tanya kat dia..ok ke kalau aku cuti ari nie.. dia boleh ke siapkan keje2 tu..bila dia kata OK...tapi esok datang le opis.. aku pun call bos aku.. explain kat dia sebab aku tak dapat nak cancelkan cuti.. mujur dia faham... so, bercuti laa aku hari nie... tapi cuti bukan bererti aku berehat...
First thing aku buat ari nie selepas selesai mandi ialah memasukkan baju2 ke dalam perut anak dara jepun aku dan mulakan basuhan... selepas tu, aku terus turun ke dapur... memikirkan Mama sure jet-lag, so aku decide utk sediakan lunch. Elok aku siap masak, Mama dah bangun dan jengah aku...hehehe.. aku berjaya settel masak sebelum dia terjaga... Alhamdulillah... lepas lunch dan solat zohor..aku bersembang2 dengan Mama...mendengar cerita-cerita mama sambil surf internet, baca blog dan chatting...
Even skang nie.. aku tengah tonton Malaysia's Most Beautiful sambil apdet blog aku nie sambil dengar mama bercerita... ok laa.. paler dah pening... nak rest lah...
"Ibu tetap berada di hati walau di mana pun kita berada... jauh mahupun dekat..."
|