Thursday, January 05, 2006

Bangunan Runtuh di Mekah...

Assalamualaikum...
Tadi...masa aku tengah lepak2 baca magazine sebelum dinner, tetiba aku terima sms dari jiran aku..dia tanya "awak dah call mak?? tgk news??" aku punya laa terkujat, so aku tanya laa dia balik "kenapa? ada berita apa? ai tak tgk berita laa" (aku tak tgk berita sebab tetiba hujan dan biasa laa astro tu..bila ujan je mula laa 'Service Currently Not Available').. so, jiran aku tu pun sms laa balik "ada runtuhan kat sana"...
Dan secara automatiknya tangan aku dengan pantas menekan sms bertanyakan khabar berita daripada mama.... hampir sejam selepas tu, baru laa mama reply sms aku.. Alhamdulillah.. semuanya selamat... mama, makcik n pakcik tidak mengalami apa2 kecederaan, malah mereka berada agak jauh dari tempat kejadian... syukurlah kepada Allah kerana masih melindungi mamaku di sana... dan serta-merta aku sms pula pada adik ipar aku di kampung bertanyakan berita abah dan mak mentua ku yang juga berada di Mekah...
Dan..... bersyukur juga lagi sekali kerana mak dan abah takde apa-apa..Abah kata bangunan yang runtuh tu sebelah masjid kucing, tapi dekat laa jugak dengan hotel abah dan mak. Sekarang nie mereka kena perintah berkurung... kenapa ntah... aku pun tak tau.. aku rasa aku akan inform suami aku (bila dia balik dari opis nanti) untuk call abah...bertanyakan khabar dengan lebih jelas..apa pun, Alhamdulillah...semuanya dalam keadaan selamat...
Hmm...sabtu nie dah nak balik kampung mentua aku..tapinya aku tak packing lagi barang2 keperluan aku dan suamiku... insya Allah sempat rasanya buat semua tu malam esok... apa pun, untuk kenkawan, andai tak sempat aku nak ucapkan...aku ucapkan ari nie je laa ekk.. Selamat Hari Raya Aidiladha... tolong doakan keselamatan mama, makcik n pakcik aku beserta mak n abah mentua aku sama.. semoga mereka dapat menunaikan haji yang mabrur dan berada dalam keadaan yang sihat walafiat hinggalah hari mereka pulang ke tanah air kita...
wasalam...