Thursday, December 29, 2005

Catch That Kid...

Laa nie aku tengah tonton citer 'Catch That Kid' kat STAR Movies... emm..citer dia pasal sorang budak pompuan nie (Maddy) nak rompak bank untuk bayar duit pembedahan ayah dia... bank tu pulak ialah tempat keje mak dia yang mana mak dia cipta/setkan sistem keselamatan untuk bank tu...asalnya mak Maddy try nak wat pinjaman daripada bank tu, tapi ketua bank tu kejam sangat..satu sen pun dia tak nak bagi... So, Maddy terpaksa minta tolong 2 orang kawan baik dia, Gus ngan Austin... dua2 budak lelaki nie suka kat Maddy, tpi Maddy anggap depa kawan je... pada asalnya kawan 2 orang tu tak nak tolong sebab memasing macam jeles antara satu sama lain bila Maddy layan salah sorang terlebih sket...last-last Maddy terpaksa tipu dedua (dgn cakap yg dia suka kat depa) untuk dapatkan bantuan depa tu... hehehe... si Gus (yang bodoh2 sket) tolong buatkan keta go-kart yang tersenyap... manakala si Austin(yg terer dgn equipment) tolong settlekan kerja2 yg libatkan sistem penggera keselamatan.
Depa plan utk rompak bank tu time ada jamuan makan malam....Malangnya mak Maddy suh Maddy babysit adik dia yang masih baby (dlm 8 - 9 bulan kot sebab baby tu dah boleh duduk diam) Tapi...Maddy yang cekal hati tu nekad nak teruskan jugak...so, dia bawak le adik dia tu masuk utk merompak bank tu sama....Hmm..yang kelakar citer nie.. part pak guard dlm bank tu punya laa bodoh sombong..ada 2 orang..sorang tu abang kepada Gus.. sorang lagi tu yang macam bangang sket... Bila Maddy cuba tarik perhatian dengan langgar salah satu daripada penggera keselamatan tu.. pak guard yg bangang sket tu dengan eksennya pi kuar cari masalah yang berlaku... Maddy plaks tarik perhatian abang si Gus tu sampai dia kuar dari bilik keselamatan tu...so that depa semua berjaya masuk ke bilik peti keselamatan bank tu.... masalahnya peti keselamatan tu tergantung di bahagian atas bilik tersebut dan Maddy terpaksa memanjat dinding untuk sampai ke peti tersebut.
Ada gaks laa beberapa halangan yang depa lalui macam dikejar anjing rotweiller.. berdepan dengan pak guard yang bangang dan eksen tu... berdepan gaks dengan abang si Gus tu.. tapi..mujur laa abang Gus tu tolong depa (walaupun dia tak sepatutnya wat gitu), then depa pun terjun laa melalui lubang udara yang ada kat situ... bila depa sampai kat go-kart depa, terkantoi le si Maddy yang dia tipu pasal sukakan Gus and Austin tu...Gus and Austin tu merajuk dan blah dari bank tu..tinggalkan Maddy dengan duit dan adik dia Max. Masa si Gus and Austin tu blah..depa kena kejar le plaks dgn polis...mujur terselamat...so depa try patah balik utk tolong Maddy, but then semuanya kena kejar ngan polis.... Mujur laa Gus letak back up plan yang mana dia lepaskan banyak paku dan membocorkan tayar-tayar keta polis tu...
At last, Bebudak nie berjaya tiba di hospital... manakala dalam suasana kecoh kat bank tu, ketua bank tu dipecat oleh Pengarah Besar bank tu sebab sebelum jamuan tu diadakan, mak Maddy nie pernah bagitau kat ketua bank tu yang sistem keselamatan tu belum diuji lagi. So, Pengarah tu cakap ketua bank tu dah buat silap besar. Masa kat spital tu plaks... mak Maddy sempat sampai ke sana dengan beberapa lagi orang dari bank sebelum anak dia lari utk bawak bapak dia keluar...dan mak Maddy cover anak2 dia dengan mengatakan yang dia suruh anak dia dan bebudak tu rompak bank untuk tujuan menguji sistem keselamatan tu... so terlepas laa depa dari tuduhan merompak. Akhirnya depa berjaya gaks kumpulkan duit tu daripada derma2 yang depa perolehi dan ganjaran hasil projek mak dia sebagai consultant bank tersebut. Dan sebagaimana citer2 lain yang ada happy ending, bapak Maddy nie berjaya dibedah dan sihat seperti biasa.....
Moral daripada citer nie..seorang anak yang terlalu sayangkan ayah dia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu/menyelamatkan ayah... sayangnya kekadang tu perbuatan mereka adalah salah di sisi undang-undang... punya la kuat kuasa kasih sayang tu... apa pandangan orang lain plaks ek??
p/s: sebenarnya takde idea nak apdet blog nie..so, sambil tgk citer tu..buat le ulasan sket.. hehehe.. macam tak pandai je buat ulasan nie sebenarnya... anyway, untuk kenkawan yg pernah bagi komen sebelum nie, aku minta ampun, minta maap..aku baru je addkan haloscan punya comment and tak tau camner nak retrieve semula komen yg pernah korang bagi.. so sorry ekk....