Monday, February 20, 2006

Pergi Tak Kembali...

Pergi Tak Kembali
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Assalamualaikum...
Hmm...tanggal 18 Feb tepat jam 12.31 am, tok (nenek) suamiku telah meninggal dunia di rumah mak mertuaku di Pekan. Alhamdulillah, arwah pergi dengan mudah... dan segala urusan pengebumiannya juga dipermudahkan. Lebih kurang jam 11.30 pagi semuanya telah selesai. Arwah pergi dengan sakit tua yang dihidapi selama 3 tahun dan dijaga sepenuhnya oleh mak mertua aku. Mujur aku dan suami aku balik ke kampung pada malam Jumaat lepas... so, dapatlah menatap arwah sebelum dia meninggal dunia...
Apapun, kita doakan bersama-sama agar rohnya dicucuri rahmat.
Pagi nie plaks aku dapat tau yang emak kepada 'bos angkat' aku pun meninggal dunia hari Sabtu lepas... sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah untuk kedua-duanya....
Takde mood dan idea nak menulis panjang...sekian dulu...
wasalam