Sunday, February 26, 2006

Banjir !!!!

Assalamualaikum....
Errkk....Banjir??? Banjir. Banjir!!! Kat mana? bila? di mana?
Pepagi ahad tadi...aku bersiap-siap untuk ke pejabat. Kena buat OT untuk projek kat office. So, dengan baik hatinya suami aku bangun awal pagi untuk hantarkan aku. So, kami sarapan sesama... then start enjin...dan zoomm....gerak keluar dari umah...
Baru je sampai kat TESCO... jalan dah jem. Haa??? Jem di pagi ahad??? Jem!!! Kenapa ek?? Siap ada polis kawal jalan supaya kereta tak bergerak menuju ke Federal Highway... So, aku ajak suami aku amek jalan alternatif iaitu Ikut Highway KESAS.... alamak!!! Jem jugak ker??? Aduss...aku dah tension dah... At last, aku ajak suami untuk buat U-Turn dan try masuk ke federal highway ikut jambatan bunga lawang (yang dekat ngan Kompleks PKNS tu...) Ingatkan boleh lepas jugak...rupa-rupanya bawah jembatan Batu Tiga sebelum tol Batu 3 tu dinaiki air... hanya lori besar jek bleh lepas... kitorang terpaksa buat U-turn dan aku pun decide untuk balik ke rumah.
Bila tengok kat dalam Berita TV3 malam nie...memang sah air naik..sebabnya empangan Damansara pecah...tu yang bajir kilat jadi makin teruk...kat area TTDI Jaya dan Jalan Kebun, Shah Alam paling teruk...air naik sampai paras pinggang dan ada yang naik hampir ke paras bumbung rumah.... siannya kat diorang dan termasuk sorang staf aku...rumah dia pun dimasuki air hingga ke paras pinggang. Even pagi tadi dilaporkan dua lebuhraya utama ditutup iaitu Federal Highway dan NKVE. Tol Batu 3 dan Tol Bukit Raja turut ditutup. Even MAKRO, Stadium Shah Alam, Giant Seksyen 13 turut banjir.
Memang hari ini dalam sejarah sungguh...Mujur kawasan rumah aku terselamat dari bencana alam nie...Syukur Alhamdulillah...
Hopefully perjalanan ke office esok selamat semuanya.