Sunday, February 26, 2006

Banjir !!!!

Assalamualaikum....
Errkk....Banjir??? Banjir. Banjir!!! Kat mana? bila? di mana?
Pepagi ahad tadi...aku bersiap-siap untuk ke pejabat. Kena buat OT untuk projek kat office. So, dengan baik hatinya suami aku bangun awal pagi untuk hantarkan aku. So, kami sarapan sesama... then start enjin...dan zoomm....gerak keluar dari umah...
Baru je sampai kat TESCO... jalan dah jem. Haa??? Jem di pagi ahad??? Jem!!! Kenapa ek?? Siap ada polis kawal jalan supaya kereta tak bergerak menuju ke Federal Highway... So, aku ajak suami aku amek jalan alternatif iaitu Ikut Highway KESAS.... alamak!!! Jem jugak ker??? Aduss...aku dah tension dah... At last, aku ajak suami untuk buat U-Turn dan try masuk ke federal highway ikut jambatan bunga lawang (yang dekat ngan Kompleks PKNS tu...) Ingatkan boleh lepas jugak...rupa-rupanya bawah jembatan Batu Tiga sebelum tol Batu 3 tu dinaiki air... hanya lori besar jek bleh lepas... kitorang terpaksa buat U-turn dan aku pun decide untuk balik ke rumah.
Bila tengok kat dalam Berita TV3 malam nie...memang sah air naik..sebabnya empangan Damansara pecah...tu yang bajir kilat jadi makin teruk...kat area TTDI Jaya dan Jalan Kebun, Shah Alam paling teruk...air naik sampai paras pinggang dan ada yang naik hampir ke paras bumbung rumah.... siannya kat diorang dan termasuk sorang staf aku...rumah dia pun dimasuki air hingga ke paras pinggang. Even pagi tadi dilaporkan dua lebuhraya utama ditutup iaitu Federal Highway dan NKVE. Tol Batu 3 dan Tol Bukit Raja turut ditutup. Even MAKRO, Stadium Shah Alam, Giant Seksyen 13 turut banjir.
Memang hari ini dalam sejarah sungguh...Mujur kawasan rumah aku terselamat dari bencana alam nie...Syukur Alhamdulillah...
Hopefully perjalanan ke office esok selamat semuanya.

Thursday, February 23, 2006

Postponed...Delayed...

Assalamualaikum...
Hmm...akhirnya...dividend EPF dah declare...sebanyak 5%. Disebabkan kelewatan declaration ini, maka kal ahli akan dilaksanakan pada minggu hadapan... dan disebabkan oleh perkara ini juga maka perpindahan kami ke HQ akan dipostpone ke pertengahan bulan Mac...
Pehh...lega sket... kalau tak, sure kelam kabut kami di PJ...dengan nak packing barangnya.. dengan nak prepare utk kal ahli lagi... dengan kerja-kerja semasa lagi... mujur jugak laa delay seketika...takde laa nak terkejar sana..terkejar sini...
Apa pun..yeahoo...esok gaji... lega sket... dah tahap pokai dah nie... emm... banyak gak mende nak kena settlekan nih...So, nothing much to say..just nak share a song with you guys...
The Best Part
by Amy Mastura & Tommy Page
The best part of the morning
Is opening my eyes
Seeing you next to me
Makes me realize
That all in my heart
You're the best part
The best part of the day
Is receiving your call
Taking me away
From the rest of it all
Hearing your voice
That's the best part
The best part of sundown
Is the colourful sky
Dreaming of us, eye to eye
Thinking of you
That's the best part
Although there may be bad times
That cause us some pain
If all the times were good
It wouldn't be true
But i'd go through the bad times
Just to have
One good times with you
When i think of my life
Everyday in my life
The best part of living has been you
When i dream in the night
Hold you close hold you tight
The best part of loving comes true
The best part of my life
Is being with you
If you ever away
My life would be through
Cause right from the start
You've been the best part
The best part

Monday, February 20, 2006

Tag Of 4

Assalamualaikum...
Alamak!! Aku kena tag rupanya...First time kena tag oleh Sham. Hmm...mujur aku kat umah.. so, boleh laa mengisi masa lapang menjawab "Tag Of 4" nie..
Four jobs:
1. EPF Staff
2. Was a PKS (Pekerja Khidmat Singkat) at MOE (Ministry of Education)
3. Was a clerk at a small Cyber Cafe in Taman Bukit Angkasa
4. Was a sales assistant at Cosway Stokist
Four Movies that I like :
1. Harry Potter series...The Philosopher's Stone...The Chamber Of Secret... The Prisoner Of Azkaban...The Goblet Of Fire...siap ada CD original lagi tu...kat wayang tgk gakss..
2. Legally Blonde...Legally Blonde 2.... so cute lawyer...and so bright too...
3. Mighty Ducks series... what a nice ice-hockey games...
4. Lizzie McGuire The Movie... the final song is my favorite... "This is What Dreams Are Made Of"
....banyak lagi sebenarnya favourite movies nie...tapi dah jarang tonton...
Four Places I've lived :
1. Shah Alam (hometown)
2. Sekolah Menengah Sains Muar (1995 - 1996)
3. UUM (1998 - 2001)
4. Bangsar Utama (2001 - 2002)
...then I'm back at my hometown until now even I've married...
Four Favourite TV Series :
1. Initial D... the cartoon series are soooo good... the sound of the engine... wow!!it thrills me..
2. Charmed... the lovely witches...Halliwell sisters....
3. CSI....CSI, CSI New York...CSI Miami..
4. Desperate Housewives
Four Places I've Been On Vacation :
1. Cameron Highlands
2. Kuching, Sarawak (sambil masuk games sambil melancong)
3. Malacca
4. NA...jarang pi vacation sebenarnya...
The 4 blogs I visit daily :
2. Mya
3. Sham
Four of my Favourite foods :
1. Keropok lekor
2. Murtabak Mengkasar...special from Pekan, Pahang
3. Yong Tau Fu
4. My mom's cooking...best tak terkata...
Four Places I'd rather be :
1. New Zealand...from small I wish to go here...don't know why
2. Pekan, Pahang...my husband's hometown...very calm place
3. Japan...the most highest technologies...
4. Shah Alam..my home sweet home..
Four albums i can't live w/o :
None...I've never had any favourite albums...
Four vehicles i own :
None... can't afford yet...
Four of you, please carry on these virus ok! You've been TAG!!!
1. Mya
2. Tipah
3. Vizier
4. tak tau nak tag saper lagi sorang nie..sebab tak tau saper blogger yg jengah blog aku nie...

Pergi Tak Kembali...

Pergi Tak Kembali
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Assalamualaikum...
Hmm...tanggal 18 Feb tepat jam 12.31 am, tok (nenek) suamiku telah meninggal dunia di rumah mak mertuaku di Pekan. Alhamdulillah, arwah pergi dengan mudah... dan segala urusan pengebumiannya juga dipermudahkan. Lebih kurang jam 11.30 pagi semuanya telah selesai. Arwah pergi dengan sakit tua yang dihidapi selama 3 tahun dan dijaga sepenuhnya oleh mak mertua aku. Mujur aku dan suami aku balik ke kampung pada malam Jumaat lepas... so, dapatlah menatap arwah sebelum dia meninggal dunia...
Apapun, kita doakan bersama-sama agar rohnya dicucuri rahmat.
Pagi nie plaks aku dapat tau yang emak kepada 'bos angkat' aku pun meninggal dunia hari Sabtu lepas... sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah untuk kedua-duanya....
Takde mood dan idea nak menulis panjang...sekian dulu...
wasalam

Monday, February 13, 2006

Confirmed!! Uwaaaaaaaa....

Assalamualaikum...
Hmm...dah confirm dah...kena pindah... lapor diri pada 1 Mac 2006 di HQ.
Bebarang dah mula dikemaskan...banyak jugak dokumen lama yang aku simpan selama nie..kali nie aku hantarkan ke tempat untuk dilupuskan (shredding).
Meja aku dah separa clear... yang tinggal cuma dokumen-dokumen penting yang berkaitan dengan kerja sahaja...
Locker yang berisi dokumen-dokumen lama pun dah clear..
Yang tinggal hanya pinggan mangkuk, sudu, garpu, mug-mug dan segala jenis makanan yang diperlukan untuk minggu-minggu terakhir nie... Aku bajet dalam masa seminggu setengah nie movers akan datang untuk pindahkan kotak-kotak ke sana...
Hmm...sayu je hati nie... sedih rasanya nak tinggalkan tempat lama... banyak kelebihan kerja kat sini sebenarnya...Jalan tak brapa nak jem... cuti banyak (Selangor le katakan)... parking mudah... segalanya best... tapi seperti yang kita tahu... setiap yang berlaku ada hikmahnya... so, tunggu dan lihat saja laa nanti...
Lepas nie, takde chance la nak tiba ke rumah sebelum pukul 6...koman-koman lepas nie dalam pukul 6 lebih ke jam 7 laa paling awal untuk aku tiba ke umah...maklum laa.. jarak perjalanan semakin jauh... isk isk isk...syahdu...pilu... aku pasti merindui tempat kerja nie nanti....
Tu je laa kot yang mampu aku coretkan untuk hari nie...
AIR SUPPLY - Goodbye
I can see the pain living in your eyes
And I know how hard you try
You deserve to have so much more
I can feel your heart and I sympathize
And I'll never criticize
All you've ever meant to my life

I don't want to let you down

I don't want to lead you on

I don't want to hold you back

From where you might belong

You would never ask me why

My heart is so disguised

I just can't live a lie anymore

I would rather hurt myself

Than to ever make you cry

There's nothing left to say but goodbye


You deserve the chance at the kind of love

I'm not sure I'm worthy of

Losing you is painful to me

I don't want to let you down

I don't want to lead you on

I don't want to hold you back

From where you might belong

You would never ask me why

My heart is so disguised

I just can't live a lie anymore

I would rather hurt myself

Than to ever make you cry

There's nothing left to say, but goodbye

Wednesday, February 08, 2006

Packing!!! Errkk....

Assalamualaikum...
Hmmm...lega rasanya...barang-barang personel (hiasan, cawan², bunga²..etc) telah selamat dimasukkan ke dalam kotak. Pehh...mende tu semua je dah penuh sekotak...siap tak cukup lagi tu...kena masuk dalam kotak lain laei... aduss... banyaknyer barang² personel aku nie ek... maklum ler..orang perempuan... memang suka tengok memacam hiasan atas meja... kalau tengok kat meja lelaki..semua barang-barang basic je yang ada... macam pen, cop, buku nota dan lain-lain....tapi memang simple laa kalau nak banding ngan meja orang perempuan...
Aisehhh...tadi terima berita yang agak tak best... semalam kitorang memasing dapat laa nak pilih² tempat² yang bakal diduduki di HQ nanti... tup tup ari nie...ada orang tak puas hati.. so Pengurus² Bahagian dah bersetuju untuk pilihkan tempat² untuk staf-staf... ntah mana ler nanti aku kena duduk... heharap tempat aku nanti bukan laa tempat yang tak strategik...maksud aku, jangan laa nanti PC aku ngadap bos-bos... sure tak best sebab tak bebas nak guna pc sendrik... ceisssssssss.... sabar ajer laa....
Aduhh...penat jugak kemas-kemas tu... tu baru je 10 % aku rasa...banyak lagi yang tak kemas nie... kotak-kotak besar nie pun tak dibentukkan lagi... cuma aku dah berjaya membuang kertas-kertas yang tak perlu ke tempat untuk di'shredd'. tu pun dah setimbun... rerupanya manyak kertas-kertas tak penting yang aku simpan... aku nie memang jenis penyimpan orangnya... kat umah tu, sebelum kawin je, aku rasa ada dalam 5 kotak bebarang personel aku yang masih lagi tersimpan kemas dalam almari... kekadang wendu gaks nak belek bebarang lama tu... tapi nak wat camner.. kang semak plaks bilik aku tu... isk isk isk... sedey woooooo.... Ok lah...tak larat dah nak taip...balik umah nanti kot aku continue... cau cin cau...
8.45 pm... I'm home... aku tak dapat nak citer banyak.. laa nie tengah masak bubur...sambil tunggu tu dapat laa aku apdet nie haa... aku balik je umah, tgk suami dah sampai sebab keta dia dah ada... aku masuk je bilik, dia terbaring jek... aku salam..WOW!!! Panas giler badan suami aku...cepat2 aku tanya dia dah pi klinik lum...dan dia dah pun pergi tadi...so, aku bagitau dia biar aku masak bubur...dia pun setuju sebab dia nak rehat dulu... kenkawan...tolong doakan supaya suami aku cepat sembuh... aku risau sebab badan dia panas sangat...sama macam suhu badan ayah aku semalam... ayah aku semalam pergi klinik sendrik gaks.. sian kat depa.. tapi lelaki selalunya lebih cekal rasanya...
oklah...nak pi jengah bubur aku...
wasalam

Tuesday, February 07, 2006

Morning to Everybody...

Assalamualaikum...

Hmmm...pada asalnya target nak apdet blog smalam...malangnya tiada kesempatan dan keadaan turut tak mengizinkan... mana taknya... OT kat opis pun dah sampai kul 8 lebih... then balik umah dah letih sangat.. letih sebab badan rasa tak sihat disertakan dengan otak yang penat... adusss...memang le awal tahun nie memenatkan.. tapi Alhamdulillah..kepuasan kerja tu tetap terasa...

Oh ye...smalam partition/cubicle tempat aku kerja nie telah diangkat keluar sebab depa nak pasangkannya kat HQ KL.. nampaknya memang tak lama lagi dah nie nak kena pindah... tengok gaya macam hujung bulan nie jek... aku tak sempat nak kemas meja aku sebab masa movers tu datang dan angkat partition nie...aku tengah meeting.. sempat alih-alihkan je barang² kat meja...tu pun tak masuk lagi dalam kotak... semak gilerss meja aku... nak kemas tak dan plaks...banyak keje nak kena siapkan... pagi nie plaks bila masuk opis, mood nak kemas bebarang nie tarak... hehehe.. tengok laa kejap-kejap lagi kot... dah le aku nie duduk sebelah orang lelaki..bila partition takde, rasa janggal sangat... mujur ada kotak-kotak yang dah dibekalkan untuk packing..bleh laa jugak buat sempadan... rasa selesa sket.. kalau tak, mau rasa janggal gilerss... hehehhe...

Uwaaaaaa....sedih rasanya nak kena pindah... walaupun baru 3 tahun lebih aku bertugas di PJ nie.. rasanya lebih seronok dan selesa... maybe sebab dekat dengan umah kot... Kalau kena pindah HQ nanti, perjalanan dah semakin jauh... kena gerak awal laa dari umah... kalau lewat, sure kena tempuh jem yang tak best tu... pastu, kalau dah pindah HQ, segala meeting kat sana nanti dah tak leh nak claim... sebab dah dalam satu bangunan...pastu sure tak leh nak balik awal dah...sebab tempat sendrik kat dalam bangunan yang sama... isk isk isk... sedey plaks rasanya... mana taknya...kalau dalam keadaan sekarang dan sebelum² nie, bila meeting kat HQ je..confirm leh wat claim perjalanan dan claim parking..pastu kalau meeting tu habis awal, confirm tak perlu balik opis PJ dah.. terus je balik umah... tak pun gi laa merewang dulu... lepas nie dah tak boleh dah... isk isk isk... aku sure akan merindui zaman-zaman ngelat tu... hahahaha...

Ok lah..got to go.. guna pc pool nie tak leh nak lepak lelama dalam internet...nie pun sebab belum masuk waktu kerja.. kalau tak, sure tak dapat nak apdet blog nie...

Sunday, February 05, 2006

Anugerah Juara Lagu Ke 20

Assalamualaikum...
Hmmm...sekian lama aku tak apdet blog...maklum laa..kehilangan idea dan mood sejak seminggu yang lalu... baru hari nie dapat semula mood dan idea... Kenapa ek aku ilang mood?? Adakah sebab cuti panjang?? tak jugak... Jumaat lepas aku dah masuk keje dah.. sepatutnya start keje Khamis...tapi malang tak berbau...aku MC...ntah cemaner..tetiba sakit tekak plaks malam sebelum tu...bangun pagi Khamis tu plaks..sakit kepala.. terus laa pergi klinik... dan dapat laa MC...hehehe
Laa nie sakit tekak dah kebah, tapi terjangkit plaks batuk dari suami... sampai hari nie masih batuk...mana taknya...ubat sendrik memang dah abis...makan ubat suami je... malas dah nak pi klinik semula...pastu takde pantang2 plaks tu tang makan... lebih2 lagi hari nie...sebabnya tengah hari tadi ada kenduri pertunangan Mak Itam aku...lauk yang tersedia punya laa sedap.. udang masak lemak kuning...pehhh...memang menggamit selera...so, punya laa banyak aku makan udang...Mama siap bawak balik lagi untuk makan malam nie... makin batuk lah aku nie.. hehehhe....
Ok lah...saje nak citer sket pasal title yang aku ketengahkan kat atas tu... laa nie aku tengah tengok Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 20... hmm...kali nie takde plaks Siti Nurhaliza ke.. Misha Omar ke yang masuk final nie... rasa macam pelik sket laa.. mungkin depa semua dah establish kot...so dah tak rajin nak bertanding.. ye ker?? hahahaha.. memandai jek aku nie.. dah le tak pernah tengok pun Muzik2 setiap minggu tu..pastu masa semi-final pun tak tengok.. apa pun, starting AJL nie memang menarik..yang mana cara diorang perkenalkan finalist dengan menggunakan rap.. menarik walaupun aku tak dapat tangkap apa yang rappers tu nyanyikan...sket2 je dengar... but it's nice laa... tu pendapat aku..pendapat owang lain, ntah ler..
Iklan plaks semuanya libatkan make-up dan cara-cara untuk bermekap bagi kategori AJL tu.. maklum laa..tajaan L'oreal Paris... adik aku cakap, tebal betul diorang mekap tu.. maklum laa.. takmo cair bila kat atas pentas nanti... Pengacara utama bagi AJL nie as usual laa Cheryl Samad... pengacara iringan pertama plaks Farah Fauzana... hehehe..dia siap berpakaian ala-ala 50'an lagi.. seksi tul...tapi comel laaa.... pastu diikuti plaks dengan Ally Iskandar..dia kelakar gakss.. pakai baju ala-ala 60'an.... then round ketiga, Amy Mastura plaks pakai baju ala-ala 70'an... lagi laa cute...cumanya tak nampak rupa dia...sebab pakai spek hitam yang besor... hahahaha!
Oh ye...patut laa Siti Nurhaliza takde..dia jadi juri rupanya... bila diingat-ingat, Siti Nurhaliza masuk final AJL sejak 1996...laa nie dah 2006..dah 10 tahun dah pun... patut laa dia diangkat menjadi juri... bagus jugak kot...
Errkk...ntah apa laa aku merapu nie... alamak!!! macam dah ngantuk ler plaks... emmm, nak tunggu sampai habis AJL ke tak ek? Kalau tunggu, lama laa tempoh aku apdet blog nie.. tapi tu laa..dah tersangap-sangap la plaks depan laptop nie... Hmm...kesiannya kat Amy Mastura.. dia sakit tekak gaks sampai suara dia pun ala-ala rock... besor je bunyinye...
Ok laa...malas ler nak tunggu result...alaa..esok sure keluar kat suratkhabar punya... cau cin cau....