SummIT JTM ke II
Assalamualaikum...
Esok aku dijemput hadir ke Management Meeting JTM a.k.a SummIT di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi selama 3 hari 2 malam. Asalnya aku tak kena pergi.... Tapi disebabkan salah sorang kawan aku yang kena pergi tu terpaksa tarik diri kerana keadaan diri yang tak mengizinkan (dia dah nak due untuk bersalin dan doktor tak galakkan dia pergi jalan jejauh), so nama aku dimasukkan untuk gantikan dia.
Hmm....dalam schedule yang diberikan ada memacam aktiviti di samping meeting yang berderet-deret tu... heharap pakaian yang aku bawak semuanya cukup laa.. tempat tu dah ler sejuk...aku nie plaks jenis tak tahan sejuk...adeiii...gamaknya semedang laa aku pakai jacket kat atas sana tu... Aku dah pun bawak beg pakaian ke opis siang tadi sebab esok aku tak bawak keta...tak bleh laa nak tinggal keta kat opis...nanti sian kat mama takde kenderaan utk 3 hari... so, dengan rajinnya aku bawak le dulu dan tinggalkan kat bawah meja....
Uwaaaaaaa...weekend yang penuh ngan meeting... Isnin kerja cam besa plaks tu... isk isk isk... melepas la aku nak tengok kartun "You Are Under Arrest" pagi Sabtu nanti.... uwaaa... sedihnyaaa.... hehehhe... Kartun nie best wooo... ia mengisahkan Natsumi and Miyuki yang merupakan polis wanita di Bokuto Police Station. Cerita nie memaparkan segala 'exploits' dan 'adventures' yang mereka hadapi bersama kenkawan mereka dalam menjalankan tugas sebagai polis tak kira siang atau pun malam. Telatah mereka juga lucu dan mengasyikkan sebab si Natsumi tu punya lah ganaz, garang plaks tu serta kurang penyabar manakala si Miyuki tu walaupun nampak seperti polis wanita yang lemah lembut tapi dia banyak tau pasal enjin dan boleh membaiki kereta atau motor sendiri. Keta polis dia siap dimodify untuk senangkan mereka kejar orang jahat. Memang best laa citer nie...saper tak tengok...rugi woo... jangan lupa menontonnya di NT7 jam 10.00 pagi setiap Sabtu.... ewah...cam iklan plaks aku nie... tapi, nak wat cemaner kan...aku tak dapat laa nak nengok hari Sabtu nie....
Ok lah...nak sambung tengok citer Dunia Baru... not bad la citer nie... so, cau cin cau...
|