Wednesday, June 21, 2006

Fast and Furious 3 : Tokyo Drift





Assalamualaikum...
Dua malam lepas, aku gi menonton Fast and Furious 3 : Tokyo Drift dengan suami aku, mak aku dan cousin aku. Kitorang layan kat TGV Bukit Raja. Tayangan mula jam 9.15 malam. Cerita dia mengisahkan Sean Boswell nie remaja bermasalah. Dia hidup dengan mak dia dan asyik berpindah randah sebab dia selalu buat hal. Sampai satu ketika, dia ditahan polis kerana berlumba kereta dengan anak orang kaya. Yang anak orang kaya tu lepas dari tahanan gitu je, tapi dia ditahan. Mak dia pujuk laa polis tu untuk lepaskan si Sean nie...polis lepaskan dia tapi dengan syarat... dia kena pindah ke luar negara dan tinggal dengan bapak dia, askar yang ditugaskan di Tokyo, Jepun.
First day skolah kat Jepun tu, dia dah kenal sorang mamat kulit hitam bernama Twinkie. Twinkie nie kenalkan plaks dia kat dunia 'Drift Racing'. Belum apa-apa lagi, Sean dah kena cabar oleh D.K. a.k.a the Drift King yang juga merupakan anak sedara sorang yakuza. DK tu tak puas hati tengok Sean sembang ngan awek dia..tu yang dia cabar. Sean nie takde keta tapi dia dioffer oleh Han (orang kanan DK). Memang teruk giler la si Sean nie berlumba sebab dia tak tau langsung nak gunakan teknik drifting tu. Habis jahanam keta si Han tu.
So, si Han tu pun suruh si Sean nie lakukan tugas-tugas kutip hutang untuk dia dan dia jugak ajar si Sean nie teknik-teknik untuk drift. Dalam masa yang sama, si Sean nie plaks bleh jatuh hati kat awek DK tu...Han plaks ada sedikit belot gaks dengan DK yang mana dia amek keuntungan lebih sampai bapa sedara DK tu memarah. So, DK pun mengamuk dan dia ligan laa si Sean dan Han nie... dalam masa kejar mengejar tu, Han mati accident.
Sean plaks yang tak nak lari lagi dari masalah dia terus gi jumpa bapa sedara DK nie untuk settlekan hutang-hutang tu. Dia jugak cabar DK tu untuk berlumba supaya DK tak lagi mengganggu dia di masa depan. Dengan berlagaknya DK mengaku dia boleh kalahkan Sean lagi sekali.
So, berlumba laa depa nie kat kawasan gunung. DK tu banyak main tipu... menyampah tul aku tengok...but as usual.. heroes always win at last... dan Sean tu pun berjaya kalahkan DK seterusnya merebut gelaran DK baru di Tokyo.
Movie nie banyak cakap...so agak bosan sket aa...part yang best ialah bila depa semua berlumba dan aksi kejar-mengejar. Memang padu gilerss... berdebar jantung aku tengok pemanduan depa nie... sesaper yang belum tengok citer nie...aku cadangkan...pergi laa tengok... tak rugi tonton laa bagi orang yang sukakan kereta dan perlumbaan... memang best... hehehehe
Mak aku pun rilex je layan citer nie... suami aku plaks 'terbakar' hati tengok kereta-kereta yang dimodified.... gerammmmm je rasa hati... balik je dari movie tu, aku yang memang masih letih terus je lenaaaaaaaaaaaaaaaa..... zzzzzzZZZzzzz
wasalam