Sunday, June 18, 2006

Colmar Tropicale Dalam Kenangan....

Assalamualaikum...
Hmm...lebih kurang jam 3 petang tadi, aku dah selamat tiba ke rumah...So, aku nak review sket pasal trip @ meeting di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.
16.06.06
Lebih kurang jam 12.30 tgh hari, kitorang semua(yang perempuan je laa..sebab yang lelaki semua naik keta memasing/kongsi-kongsi) tiba di Colmar Tropicale... dari dalam bas aku dah terbayang, sampai sana awal leh laa check-in dan berehat kat bilik... sekali bayangan aku hangus ditelan realiti... rupa-rupanya bilik untuk kitorang belum lagi disediakan...ada yang belum dikemas sebab guest sebelum nie tak check-out lagi. Tension toksah kata laa.. dengan laparnya... bekalan dah diberi sejak dari pejabat lagi (memasing dapat sebungkus nasi beriani + ayam) tapi malangnya takde tempat yang sesuai untuk kitorang makan... pihak resort minta kitorang berehat dulu di Hospitality Lounge tapi tak leh makan kat situ sebab sebesar-besar poster tertampal mengatakan "No Outside Food Allowed". Kebetulan ada dua tiga orang pi jejalan kat sekitar tempat tu...depa nie dapat laa port yang sesuai iaitu depan kedai Le Vin Wine & Cigar. Ada kerusi dan meja makan kat situ. Kitorang dengan selambernya duduk kat situ sebab kedai tu hanya akan dibuka kul 4.00 ptg.
Lepas solat Zohor kat surau plaks, hanya a few people je yang dah dapat bilik di Blok Camelia. Yang selebihnya (termasuk la aku) kena gi meeting dulu. Pihak resort akan hantarkan beg-beg kitorang ke dalam bilik kemudiannya. Meeting kitorang mula lebih kurang kul 3.30 ptg kat bilik D'Alsace 2. Habis je meeting dalam kul 6.00 ptg, aku terus balik bilik untuk solat. Kul 8.00 mlm ada BBQ Dinner. Macam-macam ada... sedap-sedap plaks tu.. makan tak hengat punya... tapi dalam hati tekad gaks laa..minggu depan balik opis kena teruskan pergi gym..kalau tak, abis laa...makin naik le badan nanti...hehehe
Then, lebih kurang jam 9.30 mlm (dah puas makan), kitorang reramai gi tgk persembahan Aquarela Do Brasil Bali, tarian 'hangat' dari Bali tapi ada campuran tarian French skali laa.. hehehe... lebih kurang kul 10.30 mlm, aku gi naik Viewing Tower...gi amek gambar kat atas sana... cantek jugak pemandang Colmar tu waktu malam... lepas tu..aku pun balik le bilik untuk beradu....
17.06.06
Seawal 6.00 pagi aku dah terjaga..lepas solat... kena gi senaman pagi yang diketuai oleh roomate aku... kitorang gi ke bumbung bangunan Chateau De Colmar untuk buat senaman ringan... takde apa sangat laa...then bersarapan di Le Blason (Coffee House). Jam 8.30 pagi meeting bermula sampai le ke jam 4.00 petang.
Jam 5.00 petang, kitorang berkumpul di depan Colmar Tropicale untuk lawatan beramai-ramai ke Japanese Tea House dan Botanical Garden. Kitorang ke sana dengan menaiki lori kecik a.k.a coaster yang 'open air'.Menarik jugak laa tempat nie...ada Tatami Spa kat situ, tapi kalau nak masuk kena bayor sendrik sendrik.
Dalam kul 6.00 ptg aku dah balik ke Colmar..cadangnya nak ikut kenkawan pergi ke Rabbit Farm, tapi masa agak suntuk sebab aku kena berkumpul ngan 9 lagi kenkawan untuk naik coaster ke Sport Complex kul 8.15 malam... so, aku pun balik le ke bilik untuk mandi, makan dan bersiap-siap.
Lebih kurang kul 9.00 mlm, kitorang dah mula main boling.Dapat 3 lane je. Memandangkan ada 10 orang, kitorang undi rawak. 2 team ada 3 orang, 1 team ada 4 orang. Aku termasuk dalam team yang ada 4 orang. Kitorang enjoy habis main boling.Asyik dok gelak je... dah le lane kat situ tak best...tension jugak laa sket-sket. Lepas main boling, a few balik ke Colmar. Aku plaks pi layan ping pong ngan kenkawan lain. Main suka-suka jugak... gelak manjang aje... Jam 10.30 malam, kitorang balik semula ke Colmar untuk supper. Kenkawan yang tak pergi Sport Complex ke Karaoke. Depa dapat book 3 bilik. Aku tak larat nak jengah diorang tetapi yang aku dengar, kenkawan lelaki semua pergi la...even yg balik dari Sport Complex tu...depa layan sampai kul 12.30 tgh malam. Aku terus balik bilik dan....ZzZzzzzzzzzzzzZZZzzzz
19.06.06
Pagi nie jam 8.30 dah mula meeting...Habis meeting dah kul 12.00 tgh hari. Kitorang kena rush untuk pack barang dan check out kul 12.15. Mujur aku dah kemas 3/4 bebarang aku sebelum meeting pagi tu... Lepas je lunch, bas gerak tepat jam 1.00 ptg. Tapi, aku tak balik naik bas. Aku tumpang member yang duduk kat Subang sampai ke Showru. Suami aku jemput kat situ. Hari nie memang tak sempat nak jejalan or lepak-lepak... bengang gaks laa...tapi nak wat cemaner kan.... tu yang balik je umah, aku solat Zohor dan terus terlelap.....
So, tu je laa cerita ringkas meeting SummIT JTM ke II di Bukit Tinggi. Aku nak upload gambar, tapi sebab laptop nie baru je diformat minggu lepas, tak larat plaks nak install Camedia Master (untuk digi-cam).
Untuk sesaper yang belum pernah ke Bukit Tinggi, Pahang...leh laa view gambar or details about it di http://www.btresort.com.my/
cau cin cau...