Monday, June 26, 2006

Gym...Oh...Gym...

Assalamualaikum...
Start dua minggu lepas aku dah mula ke gym waktu lunch...Gym memang disediakan untuk semua staf kat office aku... aku memang dah lama teringin nak gi gym tu..cuma takde geng.. kebetulan ler plaks opismate aku ramai yg gi.. so aku pun join laa depa... best jugak rupanya gi gym nie..selalu tgk dari jauh je gym-gym yang ada kat kedai-kedai atau pun kat dalam tv.. kali nie real punya aku pegi... hehehe.. kekampungan tul aku nie ek.... memula masuk tu, nak guna peralatan kat situ pun tak reti...pelan-pelan aku belajar dari kenkawan yang ada kat situ... seronok rupanya dapat bersenam nie...
Aku memang dah terasa berat aku semakin menaik sejak berenti dari aerobik sebelum puasa tahun lepas.. ada sorang kakak tu cakap, aerobik nie kena buat berterusan...baru leh maintain dan lemak @ selulit pun takde laa menempek kat badan kita... disebabkan aku dah stop agak lama gaks laa..berat aku naik hampir 10kg dalam tempoh tak sampai setahun... tu yg buat aku berkobar-kobar nak gi gym... at least dapat ler buang selulit sket dan dapat gaks laa aku maintainkan stamina aku yang dah mula zero sejak berenti main ping pong dan aerobik tu...
Heharap aku dapat kurangkan at least 5 kg pun ok laa rasanya...sebab orang kata aku nie tinggi. So, tak sesuai plaks kalau kurus sangat macam aku bujang dulu...doa-doakan laa aku supaya aku dapat menjaga disiplin diri dan memaintainkan stamina serta berat aku tu...
p/s: Di mana ada kemahuan, di situ tentu ada jalan... insya Allah
wasalam

Wednesday, June 21, 2006

Fast and Furious 3 : Tokyo Drift





Assalamualaikum...
Dua malam lepas, aku gi menonton Fast and Furious 3 : Tokyo Drift dengan suami aku, mak aku dan cousin aku. Kitorang layan kat TGV Bukit Raja. Tayangan mula jam 9.15 malam. Cerita dia mengisahkan Sean Boswell nie remaja bermasalah. Dia hidup dengan mak dia dan asyik berpindah randah sebab dia selalu buat hal. Sampai satu ketika, dia ditahan polis kerana berlumba kereta dengan anak orang kaya. Yang anak orang kaya tu lepas dari tahanan gitu je, tapi dia ditahan. Mak dia pujuk laa polis tu untuk lepaskan si Sean nie...polis lepaskan dia tapi dengan syarat... dia kena pindah ke luar negara dan tinggal dengan bapak dia, askar yang ditugaskan di Tokyo, Jepun.
First day skolah kat Jepun tu, dia dah kenal sorang mamat kulit hitam bernama Twinkie. Twinkie nie kenalkan plaks dia kat dunia 'Drift Racing'. Belum apa-apa lagi, Sean dah kena cabar oleh D.K. a.k.a the Drift King yang juga merupakan anak sedara sorang yakuza. DK tu tak puas hati tengok Sean sembang ngan awek dia..tu yang dia cabar. Sean nie takde keta tapi dia dioffer oleh Han (orang kanan DK). Memang teruk giler la si Sean nie berlumba sebab dia tak tau langsung nak gunakan teknik drifting tu. Habis jahanam keta si Han tu.
So, si Han tu pun suruh si Sean nie lakukan tugas-tugas kutip hutang untuk dia dan dia jugak ajar si Sean nie teknik-teknik untuk drift. Dalam masa yang sama, si Sean nie plaks bleh jatuh hati kat awek DK tu...Han plaks ada sedikit belot gaks dengan DK yang mana dia amek keuntungan lebih sampai bapa sedara DK tu memarah. So, DK pun mengamuk dan dia ligan laa si Sean dan Han nie... dalam masa kejar mengejar tu, Han mati accident.
Sean plaks yang tak nak lari lagi dari masalah dia terus gi jumpa bapa sedara DK nie untuk settlekan hutang-hutang tu. Dia jugak cabar DK tu untuk berlumba supaya DK tak lagi mengganggu dia di masa depan. Dengan berlagaknya DK mengaku dia boleh kalahkan Sean lagi sekali.
So, berlumba laa depa nie kat kawasan gunung. DK tu banyak main tipu... menyampah tul aku tengok...but as usual.. heroes always win at last... dan Sean tu pun berjaya kalahkan DK seterusnya merebut gelaran DK baru di Tokyo.
Movie nie banyak cakap...so agak bosan sket aa...part yang best ialah bila depa semua berlumba dan aksi kejar-mengejar. Memang padu gilerss... berdebar jantung aku tengok pemanduan depa nie... sesaper yang belum tengok citer nie...aku cadangkan...pergi laa tengok... tak rugi tonton laa bagi orang yang sukakan kereta dan perlumbaan... memang best... hehehehe
Mak aku pun rilex je layan citer nie... suami aku plaks 'terbakar' hati tengok kereta-kereta yang dimodified.... gerammmmm je rasa hati... balik je dari movie tu, aku yang memang masih letih terus je lenaaaaaaaaaaaaaaaa..... zzzzzzZZZzzzz
wasalam

Sunday, June 18, 2006

Colmar Tropicale Dalam Kenangan....

Assalamualaikum...
Hmm...lebih kurang jam 3 petang tadi, aku dah selamat tiba ke rumah...So, aku nak review sket pasal trip @ meeting di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.
16.06.06
Lebih kurang jam 12.30 tgh hari, kitorang semua(yang perempuan je laa..sebab yang lelaki semua naik keta memasing/kongsi-kongsi) tiba di Colmar Tropicale... dari dalam bas aku dah terbayang, sampai sana awal leh laa check-in dan berehat kat bilik... sekali bayangan aku hangus ditelan realiti... rupa-rupanya bilik untuk kitorang belum lagi disediakan...ada yang belum dikemas sebab guest sebelum nie tak check-out lagi. Tension toksah kata laa.. dengan laparnya... bekalan dah diberi sejak dari pejabat lagi (memasing dapat sebungkus nasi beriani + ayam) tapi malangnya takde tempat yang sesuai untuk kitorang makan... pihak resort minta kitorang berehat dulu di Hospitality Lounge tapi tak leh makan kat situ sebab sebesar-besar poster tertampal mengatakan "No Outside Food Allowed". Kebetulan ada dua tiga orang pi jejalan kat sekitar tempat tu...depa nie dapat laa port yang sesuai iaitu depan kedai Le Vin Wine & Cigar. Ada kerusi dan meja makan kat situ. Kitorang dengan selambernya duduk kat situ sebab kedai tu hanya akan dibuka kul 4.00 ptg.
Lepas solat Zohor kat surau plaks, hanya a few people je yang dah dapat bilik di Blok Camelia. Yang selebihnya (termasuk la aku) kena gi meeting dulu. Pihak resort akan hantarkan beg-beg kitorang ke dalam bilik kemudiannya. Meeting kitorang mula lebih kurang kul 3.30 ptg kat bilik D'Alsace 2. Habis je meeting dalam kul 6.00 ptg, aku terus balik bilik untuk solat. Kul 8.00 mlm ada BBQ Dinner. Macam-macam ada... sedap-sedap plaks tu.. makan tak hengat punya... tapi dalam hati tekad gaks laa..minggu depan balik opis kena teruskan pergi gym..kalau tak, abis laa...makin naik le badan nanti...hehehe
Then, lebih kurang jam 9.30 mlm (dah puas makan), kitorang reramai gi tgk persembahan Aquarela Do Brasil Bali, tarian 'hangat' dari Bali tapi ada campuran tarian French skali laa.. hehehe... lebih kurang kul 10.30 mlm, aku gi naik Viewing Tower...gi amek gambar kat atas sana... cantek jugak pemandang Colmar tu waktu malam... lepas tu..aku pun balik le bilik untuk beradu....
17.06.06
Seawal 6.00 pagi aku dah terjaga..lepas solat... kena gi senaman pagi yang diketuai oleh roomate aku... kitorang gi ke bumbung bangunan Chateau De Colmar untuk buat senaman ringan... takde apa sangat laa...then bersarapan di Le Blason (Coffee House). Jam 8.30 pagi meeting bermula sampai le ke jam 4.00 petang.
Jam 5.00 petang, kitorang berkumpul di depan Colmar Tropicale untuk lawatan beramai-ramai ke Japanese Tea House dan Botanical Garden. Kitorang ke sana dengan menaiki lori kecik a.k.a coaster yang 'open air'.Menarik jugak laa tempat nie...ada Tatami Spa kat situ, tapi kalau nak masuk kena bayor sendrik sendrik.
Dalam kul 6.00 ptg aku dah balik ke Colmar..cadangnya nak ikut kenkawan pergi ke Rabbit Farm, tapi masa agak suntuk sebab aku kena berkumpul ngan 9 lagi kenkawan untuk naik coaster ke Sport Complex kul 8.15 malam... so, aku pun balik le ke bilik untuk mandi, makan dan bersiap-siap.
Lebih kurang kul 9.00 mlm, kitorang dah mula main boling.Dapat 3 lane je. Memandangkan ada 10 orang, kitorang undi rawak. 2 team ada 3 orang, 1 team ada 4 orang. Aku termasuk dalam team yang ada 4 orang. Kitorang enjoy habis main boling.Asyik dok gelak je... dah le lane kat situ tak best...tension jugak laa sket-sket. Lepas main boling, a few balik ke Colmar. Aku plaks pi layan ping pong ngan kenkawan lain. Main suka-suka jugak... gelak manjang aje... Jam 10.30 malam, kitorang balik semula ke Colmar untuk supper. Kenkawan yang tak pergi Sport Complex ke Karaoke. Depa dapat book 3 bilik. Aku tak larat nak jengah diorang tetapi yang aku dengar, kenkawan lelaki semua pergi la...even yg balik dari Sport Complex tu...depa layan sampai kul 12.30 tgh malam. Aku terus balik bilik dan....ZzZzzzzzzzzzzzZZZzzzz
19.06.06
Pagi nie jam 8.30 dah mula meeting...Habis meeting dah kul 12.00 tgh hari. Kitorang kena rush untuk pack barang dan check out kul 12.15. Mujur aku dah kemas 3/4 bebarang aku sebelum meeting pagi tu... Lepas je lunch, bas gerak tepat jam 1.00 ptg. Tapi, aku tak balik naik bas. Aku tumpang member yang duduk kat Subang sampai ke Showru. Suami aku jemput kat situ. Hari nie memang tak sempat nak jejalan or lepak-lepak... bengang gaks laa...tapi nak wat cemaner kan.... tu yang balik je umah, aku solat Zohor dan terus terlelap.....
So, tu je laa cerita ringkas meeting SummIT JTM ke II di Bukit Tinggi. Aku nak upload gambar, tapi sebab laptop nie baru je diformat minggu lepas, tak larat plaks nak install Camedia Master (untuk digi-cam).
Untuk sesaper yang belum pernah ke Bukit Tinggi, Pahang...leh laa view gambar or details about it di http://www.btresort.com.my/
cau cin cau...

Thursday, June 15, 2006

SummIT JTM ke II

Assalamualaikum...
Esok aku dijemput hadir ke Management Meeting JTM a.k.a SummIT di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi selama 3 hari 2 malam. Asalnya aku tak kena pergi.... Tapi disebabkan salah sorang kawan aku yang kena pergi tu terpaksa tarik diri kerana keadaan diri yang tak mengizinkan (dia dah nak due untuk bersalin dan doktor tak galakkan dia pergi jalan jejauh), so nama aku dimasukkan untuk gantikan dia.
Hmm....dalam schedule yang diberikan ada memacam aktiviti di samping meeting yang berderet-deret tu... heharap pakaian yang aku bawak semuanya cukup laa.. tempat tu dah ler sejuk...aku nie plaks jenis tak tahan sejuk...adeiii...gamaknya semedang laa aku pakai jacket kat atas sana tu... Aku dah pun bawak beg pakaian ke opis siang tadi sebab esok aku tak bawak keta...tak bleh laa nak tinggal keta kat opis...nanti sian kat mama takde kenderaan utk 3 hari... so, dengan rajinnya aku bawak le dulu dan tinggalkan kat bawah meja....
Uwaaaaaaa...weekend yang penuh ngan meeting... Isnin kerja cam besa plaks tu... isk isk isk... melepas la aku nak tengok kartun "You Are Under Arrest" pagi Sabtu nanti.... uwaaa... sedihnyaaa.... hehehhe... Kartun nie best wooo... ia mengisahkan Natsumi and Miyuki yang merupakan polis wanita di Bokuto Police Station. Cerita nie memaparkan segala 'exploits' dan 'adventures' yang mereka hadapi bersama kenkawan mereka dalam menjalankan tugas sebagai polis tak kira siang atau pun malam. Telatah mereka juga lucu dan mengasyikkan sebab si Natsumi tu punya lah ganaz, garang plaks tu serta kurang penyabar manakala si Miyuki tu walaupun nampak seperti polis wanita yang lemah lembut tapi dia banyak tau pasal enjin dan boleh membaiki kereta atau motor sendiri. Keta polis dia siap dimodify untuk senangkan mereka kejar orang jahat. Memang best laa citer nie...saper tak tengok...rugi woo... jangan lupa menontonnya di NT7 jam 10.00 pagi setiap Sabtu.... ewah...cam iklan plaks aku nie... tapi, nak wat cemaner kan...aku tak dapat laa nak nengok hari Sabtu nie....




Ok lah...nak sambung tengok citer Dunia Baru... not bad la citer nie... so, cau cin cau...

Wednesday, June 14, 2006

Tagged!!!

Assalamualaikum...
Aiyarrkkk... aku kena tag lagi daaa.... sekali kena tag dek vizier maaa....adeiii...
Here are the rules...
* The tagged victim has to come up with 8 different points about his/her perfect lover a.k.a lelaki/wanita idaman.
* Have to mention the gender of his/her perfect lover.
* Tag eight other victims to join this game and leave a comment on their blog.
* If you are tagged the second time. There is NO need to do this again.
* Lastly, most importantly, HAVE FUN DOING IT
Alamak!!! Aku dah kawin maa...bleh lagi ke minta ciri-ciri lelaki idaman?? takper laa...aku kira macam nie je laa....semoga segala ciri yang aku idamkan di bawah nie menjadi kenyataan ke atas suami aku...hehehhe...
1. Beragama... berilmu dan beriman... (semoga dapat terus membimbing aku ke jalan yang benar)
2. Tinggi?? Rasanya tak perlu sangat...Sederhana pun cukup laa... (even sekarang pun kurang point 5 cm je dari aku... tak perlu aku dongak ke atas sebab aku pun dah cukup tinggi...bleh pandang eye to eye...)
3. Ceria, suka bergurau tapi tak berlebihan (takde laa bosan sangat hidup...at least sentiasa riang ria)
4. Hensem a.k.a comel + sedap mata memandang (perlu supaya sejuk je hati nie bila pandang dia...walaupun hati tengah marah sesangat)
5. High confident (biar bila berdepan dengan segala cabaran dari memaner pihak keluarga mahupun dari orang luar, dia tak mudah melatah malah back up apa yang patut)
6. Lemah lembut dan penyabar (lembut yg bukan 'sotong' laa... tapi yg jenis bertolak ansur, toleransi dan mudah dibawa ke mana-mana)
7. Suka kanak-kanak/budak-budak (nanti kalau dah ada anak senang...takde laa aku sorang yg kena jaga sepenuhnya..biar laa jaga sesama)
8. Memahami danmenerima serta menyayangi aku hingga akhir hayat (boleh dibawa berbincang, ada persefahaman serta percaya antara satu sama lain dan sayang aku selepas sayang Allah dan bondanya...at least dia sayang aku seadanya aku)
Rasanya semua orang ada banyak ciri-ciri idaman untuk perfect lover mereka... tapi ingat kenkawan...nobody's perfect... kalau dah jodoh kita tak seperti yang kita impikan.. jangan sekali-kali cuba untuk ubah dia mengikut kehendak kita... cuma berdoalah supaya dia menerima kita sebagaimana kita menerima dia seadanya...dan kita boleh memohon kepada Allah supaya kebahagiaan itu milik kita bersama dengan pasangan kita....
So, mangsa seterusnya.... jeng jeng jeng....
1. Mya
3. Orang
erkk...alamak...tak cukup 8 laa...aku tak ada ramai kenalan dalam blog... so, ampun laa yek...
Wasalam

Monday, June 12, 2006

Cuti...

Assalamualaikum...
Ari nie aku amek cuti gantian... Memandangkan kenkawan aku dah bercuti during cuti sekolah minggu lepas, maka aku pun apply cuti on the 1st day sekolah buka..saje nak berehat... merelaxkan otak daripada kerja....dapat gaks elak jem pepagi isnin nie...hehehe
Cadangnya hari nie aku nak pergi ke kedai cermin mata laa...aku rasa mata aku dah start rasa lain macam... kepala pun asyik sakit je kebelakangan nie..walaupun tak ketara, tapi ada sorang sahabat menyarankan agar aku buat check-up mata... kalau perlu, kena gaks laa guna cermin mata... kalau tak, Alhamdulillah... untuk kebaikan aku gaks...mama aku pun galakkan aku wat check mata nie... maybe nak ajak dia pergi sama laa ke kedai cermin mata tu nanti...
Nothing much to say anyway... untuk kenkawan yang baca blog aku hari nie... Selamat Bekerja... Have a nice day...
Wasalam...