Monday, April 09, 2007

Feedback for Alumni

Assalamualaikum...


Hmm...seronoknya hari nie.. pepagi tadi bila aku sampai opis, aku on je pc, berjela-jela email masuk ke Gmail aku... rerupanya usaha aku smalam tak sia-sia... sebabnya semalam aku berusaha mencari kenkawan SMP batch aku yang ada dalam friendster dan menghantar mesej/emel kepada diorang untuk berikan aku data pasal diri diorang.. aku cuma minta nama, alamat, nombot telefon, alamat emel dan kerja/tempat kerja. Ada laa lebih kurang 10 orang yang berikan feedback pada aku dan menambahkan lagi info pasal kenkawan lain yang ada.


Ada member aku yang berikan aku alamat-alamat emel kenkawan lain, ada yang masukkan announcement aku tu dalam blog mereka... ada yang excited dan offer diri nak membantu dalam apa jua aktiviti yang akan diadakan. Memang seronok bila dapat feedback yang macam nie... maknanya mereka jua turut gembira untuk berjumpa semula dengan kenkawan lama... yer laa.. kenkawan yang mengembalikan nostalgia silam...zaman remaja nakal... hehehe.. aku memang tak leh lupa...especially masa jejalan kat sekitar sekolah hari sabtu lepas... terimbau kembali segala memori silam.. memang indah... ada suka..ada duka...


Apapun, heharap usaha aku nie membuahkan hasil yang lebih baik pada hari esok dan hari-hari seterusnya... Aminn...


cau cin cau...