Tuesday January 23, 2007
Emergency Leave....
Emergency Leave....
Assalamualaikum..
Hmm...smalam aku EL coz antorkan my beloved husband ke klinik panel. He injured his right knee during futsal game last Saturday. Ingatkan injured biasa je, but on Sunday dia cakap takleh nak luruskan kaki kanan. Jalan pun terdengkut... sedey aku tgk keadaan dia, tapi dia leh gelak and wat selamber jek..rasanya dia tak nak tunjuk yang dia kesakitan sangat... aku pun attend dia semampu aku ajer laa.....then smalam bila gi klinik and the doc refer to the specialist, aku mula tak sedap hati. So, gi le ke SMC as reffered. Sampai sana, call HR untuk dapatkan GL. Settle semua tu, tunggu laa untuk jumpa Dr. Askandar Kamel an Orthopaedic Specialist.
Doktor nie ceria betul. Seronok plaks tengok asben aku jadi patient dia. Tutur kata dia jelas dan terang. Tersenyum aku tengok cara dia treat suami aku. Setelah dia check lutut asben aku, dia suh wat X-Ray dan MRI (Magnetic Resonance Imaging) untuk tengok apa yang sebenarnya menjadi punca kesakitan asben aku nie. So, kitorang pun gi laa wat X-Ray dulu sebab tak ramai orang time tu. Bila dah x-ray, doktor kata semuanya nampak OK. So, nak tak nak kena laa wat MRI tu...masalahnya ramai orang and kekosongan yang ada cuma jam 4 petang. So, kitorang pun balik laa dulu berehat di rumah.
Dalam kul 3 lebih, kitorang pun gi semula ke spital. Lepas tunggu dalam beberapa minit, MRI mula dalam kul 4.15 pm. Aku pun tunggu le kat luar bilik MRI tu...mujur bawak novel. Dapat gaks layan diri sendrik...hehehe.. dalam kul 4.45 tu, usai MRI doktor terus panggil masuk ke bilik dia. Bila tgk kat MRI tu baru jumpa puncanya. Rupa-rupanya salah satu tendon yang sambungkan lutut asben aku tu dah terkoyak. Koyak yang putus. Doktor pelik sebab puncanya macam tak logik. Dia kata tendon tu hanya boleh putus kalau ada hentaman yang kuat, tapi asben aku citer dia hanya hilang imbangan dan ter'twist'kan lutut dia pada hari kejadian.... hehehe.. misteri betul. So, doktor pun suggest suh buat fisioterapi untuk beberapa sesi mulai pagi nie.
Hmm...heharap fisioterapi nie dapat memulihkan tendon tu sebab asben aku seboleh-bolehnya tak nak dioperate. Dia kata dia bukan atlet untuk ditreat sampai gitu sekali. Setakat treatment biasa yang bolehkan dia jalan semula pun dah cukup baik katanya. So, tunggu je laa kot hasil fisioterapi tu nanti. Plan aku untuk cuti pada hari nie dicancel sebab smalam dah tak datang opis. So, aku gantikan ke hari khamis. Saje je nak bawak adik aku jejalan dan tenangkan hati. hehehhe....
Erkk...sampai sini dulu kot untuk ari nie... adios...
"Manusia akan matang dan dewasa dengan pengalaman. Dengan pengalaman dan dugaan Ilahi itu jugalah manusia dapat menilai siapa dirinya yang sebenar..." - YOYO & d.gang
|