Tuesday, August 22, 2006

My 2nd Anniversary...

Assalamualaikum,
Semalam genap 2 tahun aku bergelar isteri... hmmm... bermacam dugaan yang telah aku tempuhi dalam 2 tahun nie...ada yang manis...ada jua yang pahit...biasa laa kan..hidup berumah tangga banyak rempah ratusnya. Alhamdulillah...setakat hari ini semuanya berjalan dengan baik....takat gaduh sket sket tu...biasa laa..tak gaduh nanti tak best ler plaks.. sunyi jek rasanya... gurau senda tu toksah citer laa... asyik gelak je setiap hari...

Walaupun telah 2 tahun aku menjadi isteri, namun aku masih belum dikurniakan anak... belum ada rezeki lagi agaknya... kekadang terselit gaks rasa sedih dan sayu bila melihat kenkawan yang telah pun menimang cahaya mata... seronok jek tengok anak-anak mereka yang comel... hmm... dugaan nie laa yang paling hebat sebab orang keliling selalu bertanya.. "Bila Ai nak dapat anak?" "Bila Ai nak masuk queue??" "Ai nie merancang ke?" Soalan-soalan cepu mas tu yang kekadangnya memang menguji kesabaran aku... tapi semua tu adalah di bawah kuasa Allah... aku berserah semuanya kepada Allah... aku harap soalan-soalan tu tak dipanjang-panjangkan lagi oleh sedara-mara dan kenkawan... diorang nie kekadang tak logik agaknya... siapa laa yang kawin tapi tak nak anak?? cumanya rezeki Allah tu tak menentu... ntah laa.. bagi aku ada hikmah di sebalik semua nie... memang dalam hati nie meronta-ronta untuk mendapat zuriat... tapi dah tersurat yang rezeki tu bukannya datang hari nie...namun esok lusa..siapa tahu kan???
Wahai kenkawan aku yang budiman...aku mohon.. doakanlah untuk aku agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah.... dan tak lupa jua..terima kasih kenkawan yang tetap memberikan sokongan dan perangsang dalam hidup aku... jasa dan doa korang hanya Allah yang dapat membalasnya....
Hmm...doakan aku jua agar terus berbahagia di samping suami dan keluarga aku hingga ke akhir hayat.... Ya Allah, berkatilah perkahwinan aku dan rahmatilah hubungan aku dan suami ku yang tercinta....