Wednesday, August 02, 2006

CCTV...??!!!???

Assalamualaikum....
Hmm...for the first time hari nie jiran aku yang tumpang aku ternampak adanya tiang CCTV selepas tol Damansara. Aku pun terkejut. Selama nie takde plaks..tapi smalam masa kat Highway Elite tu memang ada papan ITIS memaparkan berita "Sistem CCTV Sedang Diuji di Lebuhraya SPRINT". So, pagi tadi all the way ke opis kami melilau (aku yg drive nie pun mata melilau gaks) mencari/mengesan di mana letaknya CCTV tu. Rupa-rupanya banyak betul CCTV diletakkan di sepanjang Lebuhraya SPRINT tu.
On the way balik ke rumah petang tadi baru aku dan jiran aku tu mula mengira berapa banyak CCTV di sepanjang jalan. Memang kebiasaannya member opis aku yang drive balik (kami carpool sejak aku pindah ke HQ). Jadi kali nie aku amek laa kesempatan mengira CCTV yang aku nampak. Tak banyak...ada laa dalam 28 CCTV yang dipasang sama ada di tiang khas dan juga di papan ITIS. Ada gaks yang terletak kat tiang lampu dan jugak papan iklan... Pehh... memang lepas nie saper yang speeding kat SPRINT tu boleh kena saman laa.... hehehe... nampaknya mulai esok pagi aku kena drive relax-relax ajer la... tak leh laa nak speeding... erkk.. macam le aku nie bawak keta laju sangat...hehehhe
Hmm...tu baru kat SPRINT...kat Federal Highway pun sure dah ada tu... kat ELITE pun dah ada.... yang nyata, kat setiap Exit Highway memang ada satu atau dua CCTV yang terpasang. So, kepada kenkawan aku yang suka speeding bawak keta (termasuk aku), berhati-hati laa yek bila drive lelaju tu... heharap jangan sampai kena saman laa yek...
Take care!!! (",)