Thursday, March 15, 2007

Injek Lagi???!!

Assalamualaikum...


Hmm...buat julung-julung kalinya smalam aku diinjek lagi... kali nie disebabkan oleh migrain yang menyerang aku secara tetiba pada waktu lunch semalam sesudah habis meeting dan knowledge sharing bersama IBM... aduhai... terus hilang mood aku untuk makan... dah le berdenyut-denyut kepala aku tu...sampai effect ke mata kanan aku... baru je ngadap pc, makin bertambah kuat denyutan tu...rasa macam nak menangis jek...

Seorang kawan aku nasihatkan aku supaya gi ke klinik... memula aku refuse sebab aku cadang nak makan je ubat penahan sakit...tapi kawan aku kata,kalau makan ubat pun..boleh ke aku ngadap kerja dengan keadaan sakit aku tu? So, aku pun gi le klinik. Tak sangka plaks bila sampai ke klinik...sakit kepala aku makin menjadi-jadi...sampaikan nak buka mata pun payah... by the time aku masuk bilik doktor... keadaan aku dah agak terhuyung-hayang... dengan aku tutup mata dan pegang kepala...doktor tanya kat aku...

"Kenapa nie? Sakit kepala ye?"

Aku angguk.

"Pernah kena migrain ke sebelum nie?"


Aku angguk lagi... "tapi dah lama tak kene sebenarnya.."

"Nak saya injek tak?"

Aku angguk.."Nak...janji cepat hilang sakit nie.."

So, aku pun terima laa satu injection kat punggung lagi...adeii... lepas tu doktor suruh aku baring kat bilik sebelah... aku pun baring..cadang nak je tidur kat situ...tapi keadaan kat situ agak bising sebab nurse dok ulang alik keluar masuk bilik doktor... so, dalam baring tu aku terfikir..baik aku rehat kat tingkat 13...sure sunyi sket kat situ...jadi bila dah reda sket sakit kat paler dan mata... aku pun bangun dan jumpa doktor semula...

"Doktor..kalau saya nak balik umah berehat..boleh?"

"Ok...nanti saya bagi ubat tambahan...awak rehat ok?"

So, selepas aku amek ubat kat kaunter...aku pun bagitau bos aku yang aku dapat MC half day... then lepas kemas barang, aku pun punch out dan terus naik ke tingkat 13 untuk menidurkan diri.... sempat aku berpesan pada kawan aku untuk kejutkan aku jam 4.45 petang... dapat laa aku lelap dalam sejam lebih kat situ.... by the time kawan aku kejut, kepala aku dah lega dari kesakitan.... dan aku pun balik ke rumah ditemani jiran aku yang biasa tumpang aku balik...

Dan Alhamdulillah..pada hari nie, kepala aku dah orait sket... heharap sakit tu tak datang semula... kalau tak..naya gaks aku...adeii.... hehehe....