Assalamualaikum.....
Hmmm.... Jumaat lepas telah berlangsungnya dinner HQ opis aku untuk tahun nie yang bertempat di Sunway Lagoon Resort Hotel... dan aku sebagai salah seorang AJK telah mendapat Cuti Tanpa Rekod a.k.a Cuti Tanpa Rehat selama 2 hari bermula khamis lepas... emm... memang kurang rehat kerana terkejar ke sana ke mari untuk bersama-sama urusetia lain menjayakan dinner tu...Tema dinner pada tahun nie ialah "Men In Black, Lady In Red"...
Khamis 2/11
Ok la.. aku nak citer dari hari Khamis ari tu... kitorang sepatutnya pergi hantar hadiah cabutan bertuah dan doorgift pada pukul 10 pagi...tapi sampai kul 11 pun masih tak nampak lagi bayang van opis yang sepatutnya gi antor bebarang tu... tunggu punya tunggu...dekat 11.15 baru le van tu sampai... dari tingkat 2 kami dah punggah awal-awal hadiah tu...mujur laa ada mamat-mamat hensem yang sudi membantu angkat barang dan tolak troli...kalau nak harap kekami AJK yang perempuan nie...mau patah pinggang.... bila dah bawa ke parking lot tu... tunggu plaks van dan punggah plaks masuk ke van sampai penuh bangat van tu... disebabkan beberapa barang tak muat dimasukkan ke dalam van, maka kereta-kereta comel kami le yang jadi mangsa... dalam keta aku je dimasukkan troli dan hadiah....kesian kat cik miza... sempit sket duduk kat belakang... maklum le... keta aku nie keta kancil jek.... memula aku decide nak ikut federal highway je untuk gi hotel tu...tapi kenkawan lain insist plaks ikut NPE...kata depa lebih mudah dan cepat... so, kul 12 tu tiba laa kat hotel...
Sampai kat hotel plaks...2 jejaka hensem tadi sekali dengan abang driver van yang comel tu pun tolong kami angkat barang untuk bawak naik ke bilik khas yang disediakan untuk simpan bebarang tu... by the time settle semua tu...jam dah pun kul 1 petang... perut memasing dah mula berdendang sayang... hehehe.... alang-alang sunway pyramid pun dah tak jauh dari hotel tu... kami pun pergi le beramai-ramai (erkk..takde laa ramai mana pun... dalam 8 orang awekss yang cun-cun belaka jek...termasuk le aku...hehehehe) mencari santapan untuk tengah hari tu... jalan punya jalan... ternampak laa Laksa Shack yang menyediakan menu yang agak menarik... so, aku tarik laa boss aku makan kat situ sama...aku, Ruby, Kak Gee dan Kak Zaini makan hidangan set Melaka untuk 4 orang yang disediakan di dalam satu dulang. Pehh... pinggan nasi yang depa bagi tu memang klasik giler...pinggan kaca putih yang ada bunga-bunga yang dedulu kalau dapat pun masa makan kat rumah arwah atuk dan wan aku.... pastu mangkuk lauknya pun dari konsep yang sama... pehh...terasa macam zaman kekanak dulu-dulu plaks...
Lepas je makan...boss kata ok laa..keje kita dah settle kat sini.. so, sesaper nak balik...bleh laa balik... Yahoo.... seronoknya...dapat balik awal....aku tiba kat umah dah kul 2.30 ptg...sempat laa kiranya melayan citer Bawang Merah Bawang Putih kegemaran mak aku tu.... hehehe.. aku takde laa gemar sesangat...tapi bleh laa layan sejak raya hari tu.... hehehehe... Then, aku pun sibuk-sibuk laa gosok baju dinner…supaya tak berebut-rebut nanti pada hari Jumaat tu…
Jumaat 3/11
Hmm… untuk hari Jumaat kitorang kena berkumpul by 9 am kat hotel tu.. tapi aku datang lewat sket sebab pepagi tu ajak mak aku gi pasar untuk beli bebarang dapur… seawal 7 pagi aku dah ke pasar….hahahaha… pecah rekod betul… tak pernah-pernah aku pergi pasar awal-awal gitu… keh keh keh… balik je dari pasar, aku terus mandi dan bersiap… emm…sebelum aku nak bergerak ke hotel tu, aku mendapat satu berita sedih di mana emak kepada atuk saudara aku meninggal dunia. Salam takziah untuk arwah bonda Tok Ipin dan ibu mertua Nek Rusma. Aku call Nek Rusma dan sampaikan salam takziah serta memohon maaf kerana tak dapat nak ziarah beliau. Lepas tu, aku pun bertolak untuk ke hotel dan berjaya ler menghadirkan diri aku di hotel tu sebelum kul 10 pagi…. Aku sampai sana pun kenkawan aku masih gi minum lagi.
Tak lama lepas tu baru laa kami semua sibuk mengalihkan hadiah dari bilik khas tu ke meja pendaftaran. Sesambil tu, kami dok skodeng jugak bebudak yang raptai untuk tarian dan mereka-mereka yang dapat anugerah. Oh ye…dinner kami kali nie bergabung sekali dengan penyampaian anugerah-anugerah kepada mereka-mereka yang layak dapat. Dalam kul 11 pagi, kami dah settle susun segala hadiah cabutan bertuah. Then boss aku cakap, kalau nak gi jejalan, leh laa.
Aku pada awalnya tak bercadang nak ke mana-mana tapi Steng, si jejaka perasan (penerima anugerah Khidmat Cemerlang tuuuu….hehehe… Tahniah untuk Steng!!) terus je ajak aku temankan dia belikan baju dinner….katanya nak cari T-shirt kaler merah berkolar penyu a.k.a turtle-neck…. Hehehehe… kesian plaks kat member tu…so, aku pun pergi ler temankan dia….aku tanya kat dia brapa dia bajet untuk t-shirt tu…dia kata RM20 jek… sbb dia dapat duit untuk gi raptai tu pun banyak tu…sabar aje la…bleh ke jumpa baju harga tu kat Sunway Pyramid??? Cam agak mustahil ler…. Dekat sejam gaks la gi cari t-shirt tu kat Sunway Pyramid…jenuh laa gi ke setiap tingkat pyramid tu… rasanya hampir semua kedai baju yang jual t-shirt tu kitorang masuk…siap Tanya kat sales girls lagi ada tak t-shirt turtle-neck… yang lawaknya ramai gaks ler sales girl tak tau apa tu turtle-neck… pelik tul aku dibuatnya… sepatutnya depa nie kena laa amek tau jenis-jenis t-shirt yang ada kat seantero dunia nie… tak pun at least kat malaysia nie… tapi depa siap buat muka blurr je bila kami Tanya…adeii… mujur laa ada bos depa yang tau….
Jalan punya jalan, kitorang dah sampai ke kedai terakhir yang jual baju nie..tu pun terletak kat tingkat bawah skali sunway pyramid tu… aku cakap kat Steng… kalau takde gaks t-shirt dia nak tu kat situ, gi laa cari kat kedai area rumah dia… memang betul-betul luck laa kawan aku nie… at last kitorang jumpa gaks t-shirt tu kat kedai SUB dan kebetulan pulak tengah offer… baju tu harganya Cuma RM20.70…. hahahaha…memang rezeki dia sungguh laa…. Lepas test je baju tu, tak pk panjang dah…dia terus le sambar baju tu…
Hmmm…penat dah cari baju… aku plaks terus laa gi amek cousin aku (peneman dinner aku) kat opis dia…mujur laa dia sudi amek half day untuk join dinner aku nie… kalau tak, payah gaks nak gi jemput dia waktu petang… kompem jalan nak ke Sunway tu jem gilerss… lepas amek cousin aku, kitorang terus le lepak kat bilik. Rerupanya dapat bilik kat Hotel Pyramid Tower. Not bad laa bilik tu… bilik Deluxe dengan queen size bed…. Cadangnya nak tidur laa sekejap dalam bilik, tapi dengan suasana yang riuh…mana taknya dalam bilik tu je bersesak dekat 7 – 8 orang…. Memang tak dapat nak tidur…dapat bebaring je…. Hehehehe
Jam 5 petang aku turun duty untuk jaga hadiah-hadiah yang telah disusun pagi tadi…kena jaga bebetul…kalau hilang salah satu hadiah tu…memang naya ler… hehehe…sampai je kat depan dewan tu, aku Nampak Zainal Alam (host dinner kami) dah ada tengah discuss…then jumpa plaks si Yazzer…peserta AF tu…. Emm… amek ler peluang amek gambar dengan depa..tapi beramai-ramai le.. aku nie memang tak rajin sangat nak bergambar sensorang dengan artis… hahaha… sesaje je amek gambar ngan artis…maklum le..tak pernah buat sebelum nie… erkk.. kekampungan ke aku ek?? Ntah ler…
Hmm….dalam sejam jadi ‘jaga’, aku pun naik ke bilik…mandi dan bersiap-siap… lepas je solat maghrib semua dah mula bersiap macam robot… hehehe… mana taknya, satu bilik tu dipenuhi dengan pelbagai ragam AJK yang sibuk bermekap lah…tukar baju lah…riuh dan ceria sungguh jadinya… dalam kul 7.20 pm kitorang dah turun semuanya ke meja pendaftaran. Tetamu dah pun ramai… mereka diberi doorgift apabila menunjukkan kad jemputan pada kitorang. Nombor pada kad tu dipotong untuk cabutan bertuah. Tugas aku pada malam tu plaks ialah berjalan dari meja ke meja tetamu untuk cabut cabutan bertuah… sesambil tu aku dikehendaki mengintai meja-meja yang berpotensi untuk mendapat hadiah meja bertuah. Hmm…masa jejalan tu la aku amek kesempatan untuk menegur kenkawan aku di meja mereka…. Kalau tak, memang susah nak jumpa….
Lepas je dapat 26 nombor cabutan, aku terus keluar untuk bagi nombor tu pada kak Linda dan kak Tim untuk di’key-in’kan ke dalam senarai hadiah. Lepas tu, baru la aku dapat duduk kat tempat aku. Memang satu meja tu dikhaskan untuk AJK, tapi aku tetap tarik cousin aku untuk duduk di meja tu sama…sian gaks kat dia…boring dok sensorang sebab aku asyik tak duduk kat tempat… mana taknya, lepas je appetizer dihidangkan, aku sempat laa makan. Tapi bila main course dah mula dihidangkan, nombor cabutan bertuah tu dah dipaparkan. Dan disebabkan kesilapan di bahagian teknikal, habis semua nombor cabutan tu terpapar. Kelam kabut gaks laa kami semua untuk melayan kerenah tetamu yang mengambil hadiah. Mujurlah semua tetamu nie berhemah… makanya depa menunggu dengan sabar untuk menerima hadiah cabutan memasing. Rasanya dekat setengah jam jugak laa melayan mereka amek hadiah tu…. Adeiii… mujur depa sporting… :D
Lepas settle kat meja cabutan bertuah, aku pun masuk dan sambung makan. By the time aku masuk tu, meja aku dah penuh dengan makanan sebab waiter tu semua dah dipesan supaya tak amek makanan yang belum dimakan memandangkan kami ada duty memasing. Aku sempat jamah 2 lagi hidangan. Pastu boss dah panggil minta tolong angkat hadiah grand prize untuk dibawa ke belakang pentas. Aku pun tolong laa bersama-sama dengan Ruby dan kak Sue. Ingatkan hantar je…rerupanya kena plaks naik ke pentas untuk hulurkan hadiah. Adoiii… aku tak ready langsung…sepatutnya orang lain yang kena naik pentas… nie aku plaks… hmm… terpaksa le buat muka selamber jek… keh keh keh… bila selesai acara cabutan bertuah untuk grand prize…lega sungguh rasanya… cepat-cepat aku balik ke tempat…habiskan segala dinner aku… tapi tu la..sebab dah letih agaknya, makan pun jadi kurang berselera. Aku cuma dapat menjamah setiap jenis makanan sikit-sikit jek. Nak makan sampai habis memang tak daya… then masa persembahan M. Nasir plaks.. aku dah sibuk jejalan gi ke meja kenkawan…sembang-sembang sket… amek gambar sket…
Hmm…then sampai M.Nasir habis buat persembahan, aku masih kat meja kenkawan…mujur laa cousin aku faham…dan dia tak kisah… bila dah selesai majlis makan malam, aku ngan cousin aku pun amek laa kesempatan amek gambar di sana sini..tapi tak banyak sudut yang menarik untuk bergambar…. Hehehe…. Sempat bergambar lagi dengan Zainal Alam… gambar M.Nasir ada gaks dalam kamera aku..tapi dengan member aku la..aku tak brapa minat kat dia… Siap semuanya, boss suruh aku bawak balik dorrgift yang berlebih. Aku tak larat nak tolak troli ke keta, so kebetulan plaks Steng lalu kat depan aku…apa lagi, aku terus je laa minta tolong dia… mujur mood dia baik malam tu (iye lee..orang terima anugerah kan??), dia pun tolong le aku.
Then malam tu, aku dengan cousin aku dapat ler merasa tidur kat hotel Pyramid Tower tu sebabnya orang lain semua balik ke rumah. Aku memang dah tak larat nak drive… kaki pun dah sakit masa tu… so, tidur je laa kat situ. Hmm… hotel tu memang kelas… bantal dia lembut dan gebu.. sedap peluk… memang aku ngan cousin aku conquer laa bilik tu sampai keesokkannya….hahaha…
Sabtu 4/11
Sesudah aku check out dari hotel pada jam 12 tgh hari tu, aku terus menghala ke KL…dah mati akal sebenarnya tak tau nak ke mana sebab adik aku hanya akan tiba di Hentian Pekeliling dalam kul 2… then aku teringat bespren aku kat Gombak…alang-alang dah pakai baju raya sebab nak ke open house, aku gi ler beraya dulu kat umah bespren aku tu… memang langkah kanan aku pada hari tu… sebab mak dia masak nasi Mazola..pehh…sedap gilerss… kelas gitu… memang aku wendu masakan mak dia tu…dari dulu kalau gi umah dia mesti dapat makan sedap-sedap… hehehe
Langsung aku terus minta adik aku turun kat Greenwood…dah alang-alang aku kat area situ…mujurlaa driver bas tu tak kisah… dan rezeki adik aku gaks laa untuk merasa nasi Mazola tu…. Dah habis makan, kami solat…then baru gi open house kat Subang Jaya…rumah cikgu sekolah aku dulu… best betul dapat jumpa kenkawan lama..memasing dah ada famili…ada yang bawak anak sama… comel betul anak-anak mereka… yang bujang plaks tetap datang single macam dulu… hehehe…
Last-last, aku balik rumah kul 5.30 pm…. Terus je tolong mak aku masak untuk dia berbuka pose…. Malam tu plaks aku ajak le suami aku temankan aku hantarkan cousin aku balik ke umah dia…. Pehh… letih gilers aku sepanjang weekend lepas…. Sampai laa nie pun terasa ngantuknya dan letihnya… heharap ari nie aku tak terlelap ler kat opis… ;)
Cau cin cau…
nota : erkk..try nak upload gambar..tapi kat pc nie macam tak dibenarkan je.. tak dapat la... isk isk isk.... sedeynya.. :(