Monday, March 27, 2006

No Mood....


Assalamualaikum...
Actually kebelakangan nie takde mood sangat nak apdet blog. Maybe sebab terlalu letih bila balik dari kerja yang dah semakin jauh jaraknya dari umah. Bila badan letih, otak pun penat, tu yang mood hilang... hari nie genap seminggu aku kerja di HQ, KL. Masih dalam proses penyesuaian diri dengan suasana dan keadaan baru. Hari nie jugak, PC baru dah sampai. Esok hingga Khamis bahagian teknikal akan configure. Yang aku tau, RAM 1Gb dan Harddisk 40 Gb. Guna Windows XP. Isk isk isk...sedey plaks rasanya nak tinggalkan dunia Windows '98.
Ok laa... takde idea nak citer banyak. Just wanna share one of my favourite songs these day...
"What Dreams Are Made Of" - Hillary Duff
Hey now Hey now
Hey nowHey now
Have you ever seen such a beautiful night?
I could almost kiss the stars for shining so bright
When i see you smiling, I go
oh oh oh
i would never want to miss this
cuz in my heart i know what this is
[Chorus]
Hey nowHey now
This is what dreams are made of
Hey now Hey now
This is what dreams are made of
I've got somewhere i belong
I've got somebody to love
This is what dreams are made of
(Hey now) (Hey now)
Have you ever wondered what life is about?
You could search the world and never figure it out
you don't have to sail the oceans
no no no
happiness is no mystery
it's here now it's you and me
[Chorus]
Open your eyes
(This is what dreams are made of)
shout to the sky
(This is what dreams are made of)
Then i see u smiling, I go
oh oh oh
Yesterday my life was duller
Now everything's technicolor
[Chorus:]
(Hey now) (Hey now)
Hey now
This is what dreams
This is what dreams are made of
Hey now Hey now
This is what dreams are made of
I've got somewhere i belong
I've got somebody to love
This is what dreams are made of
(Hey now) (Hey now)
Hey now This is what dreams
This is what dreams are made of

Monday, March 20, 2006

1st Day In HQ...

Assalamualaikum....
Hari nie hari pertama kerja kat HQ, KL... Aku kuar pagi cam besa... then pi jemput member aku kat TTDI Jaya, masuk highway NKVE dan around 7.30 am dah sampai ke opis... Masuk-masuk je pintu depan JTM, terus belok kiri. Amboi!! Semaknya kawasan... penuh dengan kotak-kotak yang masih belum dibuka, almari/locker yang terletak di sana sini...
Aku terus tuju ke tempat aku...Mujurlah kotak-kotak aku hanya ada 3 buah jek..dengan gigihnya aku tolak almari/locker aku ke tepi dinding, amek pembaris (gunting aku hilang kena guna kot smalam masa orang-orang network configure pc semua staf...ampeh tul.. kena indent baru) dan buka kotak pertama. Aku kemas-kemas bebarang yang ada ke tempat memasing. Tak lama lepas tu, kenkawan ajak minum pagi.
Lepas minum pagi, tak sempat nak kemas lagi 2 kotak, dah kena panggil gi meeting kat tingkat 1. Lepas sejam lebih meeting, naik semula dan kemas lagi. Buka pula kotak kedua. Kuarkan semua bebarang dan susun. Kemas apa yang patut. Sesambil tu, take a break untuk mengadap kerja-kerja yang tertangguh. Tak sampai jam 12, perut dah lapar. Alamak!! Nak turun lunch, awal lagi. Sambung keje dan kemas. Tak lama lepas tu, dalam jam 12.30 member semua dah ajak makan. Memasing kelaparan dan keletihan.
Lepas makan, pi melawat tempat kenkawan lain. Emm..aku bersyukur dengan partition yang aku dapat. Walaupun agak kecil, tapi selesa dan tak sesempit kenkawan lain. Kesian gaks kat depa dengan tempat yang crowded dan berlapis-lapis. Partition mereka pun agak sempit. Alhamdulillah. Aku suka dengan tempat aku walaupun tak lapang mana tapi masih selesa.
Lepas solat, siapkan keje lagi. Jam 3.00 terus gi discussion projek ngan member dari tingkat 1. Aduh...payahnya nak buat keputusan. Kena buat beberapa ujian kepada sistem, baru leh decide. Discuss dan test je dah cecah 4.30 petang. Hmm...nampaknya tak sempat nak buat keputusan sebab tengah buat ujian, system test hang. Adeii... nak balik lewat, tapi badan dah letih le plakss...
So, balik le awal... berebut punch card. Nak naik lif, lif penuh. So, reramai turun tangga ala-ala rombongan cik kiah... Riuh betul staircase dibuatnya... Untuk balik, member aku offer untuk drive...lega... Balik ikut Taman Tasik Perdana untuk masuk ke Highway NKVE. Alhamdulillah. Jalan clear... Akhirnya tiba umah jam 6.30 petang.
Balik, lepak kejap. Sembang ngan mama dan adik. Pi mandi...solat... Siapkan makan malam untuk suami... Laa nie dah rasa ngantuk. Tapi gagahkan mata sebab nak tengok citer penyiasatan Jane Doe... best citer tu...
cau cin cau...

Thursday, March 16, 2006

Car Broke Down....

Assalamualaikum…

Aduh… penatnye hari nih. Seawal pagi masa aku salam mama, mama ada pesan, "Hati-hati ek bawak keta sbb mama rase lain mcm je keta tu. Malam semalam enjin tu mati tetiba." Aku pon jawab le, "Yelah..maybe keta tu dah tua kot."
Rupa-rupanya pesanan mama aku tu memang berasas. Tak sempat sampai ke opis aku, keta aku broke down kat traffic lite flyover nak ke Jalan Timur. Aduss..panik jugak aku dibuatnya. Mujur gaks laa tempat keta aku broke down tu takde laa jauh sangat dari opis. Kira-kira lagi lima ke seploh minit perjalanan memang sampai laa ke opis tu...
Kebetulan ada kenkawan opis yang dah sampai awal sudi bantu aku bila aku call diorang... diorang laa yang susah payah tolak keta aku ke tepi supaya tak ganggu lalu lintas kat situ. Dalam jam 11, ayah aku berjaya dapatkan orang AAM untuk check keta aku. Rupa-rupanya bateri keta kong dan water pump plaks bocor teruk. Lepas ganti bateri kat situ gaks, keta aku tu dibawa ke bengkel belakang Shell. Shell tu plaks depan opis aku. Mujur laa ada bengkel kat situ. Senang nak amek semula keta. Alang-alang dah dibawa ke bengkel tu, aku pun pesan minta tolong mereka serviskan sekali keta dan basuh enjin serta body semua.
Alhamdulillah, semua tu berjaya mereka siapkan by the time opis hour aku tamat. Dah le aku busy settelkan kes keta aku, kat opis plaks aku ngan kenkawan lain sibuk mengemas bebarang... kira semi-final touch sebelum esok bungkus semua bebarang. Esok pagi, movers akan mula mengangkat bebarang kitorang untuk dibawa ke HQ. Hmm... mana tak letih badan nie...ke hulu ke hilir di selang-seli ngan buat keje....Adeii...
Emm..anyway, ada satu good news yang aku terima smalam...lupa plaks nak citer. Aku dapat tau, bila pindah je ke HQ, pc-pc department aku akan dimasukkan talian internet... Alhamdulillah, leganya... maybe lepas nie dapat le apdet blog kat opis (tu pun kalau ada kesempatan laa....skali skala bleh laa kot). Harap-harap depa tak blok laaa website blog nie.. kalau tak, naya gakss...
Emm...sayunya hati bila dah habis kemas nie...(walaupun belum habis semuanya lagi). Sayunya nak tinggalkan bangunan kat PJ nie... sini lah tempat aku bertapak memulakan karier aku sebagai S.A. dari pekerja kontrak hinggalah mendapat status tetap. Dalam sedar tak sedar, esok 17hb Mac genap 3 tahun aku bekerja secara tetap di sini. Isk isk isk...tapi lepas nie dah kena pindah HQ... alamak!!! Bertambah laa kos aku sebab harga minyak yang dah naik nie... makin jauh plaks perjalanan aku setiap pagi. Lepas nie, aku tak leh laa dapat rekod pekerja datang paling awal ke opis... kalau kat PJ nie, selalunya aku laa yang bukakan pintu tingkat aku.. lepas nie takde laa chance nak wat cenggitu.
Selamat tinggal bangunan PJ... Isk isk isk.... Bila lah lagi aku akan jejak ke sini lagi...

Wednesday, March 15, 2006

Hmmm....kemas sana...kemas sini....

Assalamualaikum...
Hmm...dah busy dok kemas sana kemas sini kat opis tu... label-label pada kerusi, meja, locker dan alatan serta kotak dah bertampalan di sana sini... masuk je opis nampak le semua nombor-nombor sebesar A4 paper... hehehe....
Esok dah mula nak angkat bebarang...Movers akan datang utk angkat bebarang depa yang dah siap kemas dan dah cuti sampai Isnin...Jumaat nie plaks movers akan angkat PC-PC utk dibawa ke HQ... Pagi kena punch...tapi petang tak yah dah sebab punch clock pindah ke HQ petang tu jugak... hahahha... macam ramai je yang bakal mengelat ari Jumaat nie... ye ker?? tak kott... ntah ler....
Ok laa...nak rest..penat berkemas ari nie diselang-selikan dengan buat keje laei... adeii... letih gakss rasanya... pastu kena OT lagi....
cau cin cau....

Monday, March 13, 2006

Busy....Sakit Kepala... Masuk Wad...

Assalamualaikum...
Kebelakangan nie memang tak dapat nak apdet blog sebab busy sangat dengan keje-keje kat pejabat... masa untuk aku dengan family pun tak brapa nak ada...sebab asyik kena stayback ngan OT jek... hujung minggu pun banyak habis kan masa kat opis....
Minggu lepas (04.03.2006) aku masuk Pertandingan Bowling Antara Jabatan... asalnya aku tak main...tapi sebab kakak yang wakil 2nd team terpaksa tarik diri, maka aku pun diajak join utk gantikan kakak tu... setiap team ada 4 player...sorang perempuan dan 3 lelaki... aku yang dah lama tak praktis/main kat memaner... gamble je pi main hari Sabtu tu... hehehe... tak menang pun..tapi ok laa..takde laa tempat last... dapat laa jugak tempat ke 34 daripada 37 team yang join... keh keh keh... mau pancit aku dibuatnya kena main 5 frame... mujur depa ada bekalkan air dan coklat..dan mujur aku sarapan pagi tu... kalau tak...mau letih gilerss...
Lepas je main bowling...aku terus pi opis... sebabnya kena standby utk keje khas yang memang dijadualkan selepas dividen EPF di'declare'....aduss...letih toksah cakap laa... mujur Isnin aku dapat Cuti Gantian....
Selasa baru masuk opis... pagi tu plaks pergi ke CSF kat Cyberjaya...pi melawat kawasan utk Disaster Recovery Plan (DRP). Balik dari CSF tu kepala aku mula sakit... lunch tu aku makan nasi...pastu makan ubat dengan harapan sakit kepala tu hilang... malangnya, hilang dia kejap je... elok aku ngadap keje kat PC... terus sakit semula... aduss.. tension tul... Balik dari opis, aku terus ke klinik..sebab tak tahan dah sakit paler yang berdenyut-denyut... sampai klinik, doktor bagi injection... mujur laa jiran aku tumpang aku balik...dia yang susah payah drive hantar aku balik... sian dia... mujur laa ada lesen walaupun lama gilerss dia tak bawak keta... dan mujur laa keta mama aku tu keta auto... senang sket dia bawak aku balik... hehehe... secara automatik.. hari Rabu tu aku dapat MC... keje aku sepanjang hari Rabu tu tidur...as told by the doctor... aku bangun pun untuk makan...pastu tido balik... heheheh...
Hari Khamis tu...ingatkan dah ok dah kepala nie... aku bangun je tido.. terasa kat kepala nie..nyut..nyut..nyut.. berdenyut... langsung tak brani aku nak drive gi keje... gi klinik pagi tu pun adik aku tolong antor kan... mujur adik aku dah dapat lesen keta...dia la yang antor kan aku ke klinik... aku expect dapat ubat dan MC...malangnya doktor tu risau plaks...ingatkan aku ada penyakit bahaya kot...so, dia refer laa aku ke doktor pakar kat Selangor Medical Centre (SMC)... aku nie dengan rajinnya..pi laa ke SMC. Dapatkan Guarantee Letter (GL) melalui fax.. call HQ. Mujur gaks SMC tu boleh terima GL melalui fax... dapat laa aku jumpa doktor pakar tu... kalau tak masak gaks aku nak kena ke HQ amik yang original GL... mau pengsan aku... hehehe...
Masa jumpa doktor pakar tu, aku tak expect yang aku akan kena admit... ingatkan dia akan bagi ubat dan kasik aku balik rehat... tetiba dia kata.. aku kena admit dulu dalam wad..sebab dia nak buat beberapa test.. nak pastikan yang kepala aku nie ok sebenarnya... so, tgh hari Khamis tu, aku pun masuk le ke spital.. adik aku balik umah untuk info mak aku. Suami aku terus amek EL dan uruskan kemasukan aku ke wad... dia temankan aku sampai ke malam... hehehe... sayang kat suami... :) Petang tu jugak, belakang tangan kiri aku dicucuk untuk dimasukkan air bercampur Potassium (sejenis garam galian... aku pun tak kaji amendenya...) sakit gaks laa sampai kebas tangan kiri aku tu... then ada nurse amek darah aku... siap amek 2 kali sebab katanya tak cukup untuk test... sabor ajer laa... lepas dah masukkan air dan Potassium tu, ada nurse panggil aku dan hantar aku untuk CT Scan (Computed Tomography @ Cat Scan) kepala aku...siap antor aku guna wheel chair lagi... hehehe..best juga skali skala kena tolak atas wheelchair... dekat sejam gaks untuk buat Scan tu... sejuk gaks bilik test tu...mujur ada selimut... lepas test aku ditolak balik ke wad...
The next day... satu lagi test aku jalani pada jam 3.30 petang... nama test tu EEG (Electroencephalogram - Brain wave test).. lama gaks test tu...ada le dekat 2 jam.. aku pun tak sedar yang aku terlelap semasa test tu... hehehe..tapi memang aku disuruh lelap pun, sebab kena rilekss je sepanjang test tu.... cuma di akhir test tu aku disuruh bernafas macam orang berlari, tapi dalam keadaan baring... sakit gaks dada aku dibuatnya... mujur aku dapat gaks lepasi test tu...alhamdulillah.... lepas test tu, aku ingat dah boleh balik... sekali doktor cakap ada lagi satu test yang aku kena jalani..cumanya masa tak cukup utk buat hari Jumaat tu, so kena buat pada Sabtu pagi...maknanya aku kena tidur lagi satu malam kat wad... nasib baik SMC nie lenient sket..depa kata aku boleh balik sekejap ke rumah kalau nak... tapi malam tu kena masuk balik untuk tidur dalam wad...so, apa lagi...aku pun balik laa umah sekejap... tu yg dapat apdet sket je... siap kena gelak dengan famili aku pun ye gaks... mana tak nya, balik umah dalam keadaan belakang tangan kiri aku tercucuk tempat utk suntik ubat... apa nama mende tu pun aku tak tau... hehehe...
Seawal Sabtu pagi...aku dipanggil untuk test keseimbangan plaks... dan test pendengaran... yang tu aku tak tau nama saintifik dia...tapi lebih kurang macam EEG laa... ada beberapa wayar yang diletakkan kat telinga aku...pastu aku dipasangkan headphone untuk dengar bunyi-bunyian...
Ok laa...apa pun...segala result bagi test tu... semuanya OK..Doktor kata aku hanya kena muscles stress... takde apa-apa penyakit yang berbahaya... Alhamdulillah... lega rasanya... elok tgh hari Sabtu tu, aku pun di'discharge' daripada wad...dan aku dapat laa MC sampai hari nie....
so, tu je laa kot apa yang terjadi kat aku nie...Alhamdulillah..sekarang aku dah selamat pulang ke rumah.... dan berehat seadanya... hehehe

Friday, March 10, 2006

Masuk Spital!!!

Assalamualaikum...
alahai..lamanya aku tak apdet blog ek..ari nie pun tak leh nak citer panjang.. cuma nak kata yang aku masuk hospital sejak Khamis lalu...sampai ler esok pagi.. laa nie aku dibenarkan balik ke rumah sekejap...saje je balik sebab tak larat nak dok lelama kat wad..bosan gilerss...
emm..rasanya better aku citer panjang lebar next time....nak taip bebanyak, tangan aku masih sakit sebab jarum ubat masih dicucuk di sebelah kiri belakang tapak tangan.. tak selesa nak taip panjang....
so...cau cin cau...