Friday, August 15, 2008

Kolagen? Sihatkah Kulit Kita??

Assalamualaikum...


Adakah anda mengimpikan kulit cerah, anjal dan menawan?

kini anda mampu milikinya, tanpa pil, tiada suntikan yang menyakitkan, tiada pembedahan!


Pernah dengar mengenai KOLAGEN?


Fakta tentang kolagen:


- 80% protein dalam badan kita terdiri dari kolagen
- berasal dari perkataan greek 'cola' yg bermaksud 'gam'
- 75% kolagen terletak di kulit
- ia merupakan gam kepada susunletak organ/salur darah dlm badan


Berkurangnya kolagen akibat:


- terdedah kepada cahaya UV matahari; ibarat sebuah kereta yang dibiarkan terdedah pada matahari, catnya pasti mengelupas dan akan berkarat.
- radikal bebas yang merosakkan sel2


=>bertambah kerosakan pada sel kilang kolagen, maka pengeluaran kolagen pun berkurang (makin kurang kebolehan hasilkan kolagen)


- kesan: kulit mengendur, lebih nipis, kedut, kemut, salur darah kurang, mata bergelang hitam dll masalah kulit




Kolagen tidak boleh diambil macam tu je tapi perlu diuraikan pada molekul lebih halus (asid amino) utk diserap oleh sistem badan kita.




Di sini saya ingin share sedikit tentang satu penyelesaian baru masa kini... iaitu ISO.3.




ISO.3 mengandungi:


1.Kolagen Marin Terhidrolisis
-> telah diuraikan melalui proses hidrolisis dan dipecahkan pada asid amino yg bersifat pro kolagen (mudah serap dlm kulit)
-> daripada hidupan marin: ikan yg mempunyai sumber protein putih yg asli dgn lemak yg paling sedikit -> HALAL
-> kolagen biasanya diambil dari lembu (bovin) atau babi (poshine) -> HARAM


2. vitamin C semulajadi yg tinggi dari ekstrak buah-buahan
-> dpt hasilkan kolagen bermutu tinggi (8x > dari org biasa-biasa)
-> kiwi + ceri acerola (tinggi vit C)
-> anti oksida – Bantu hindar kilang dirosakkan oleh radikal bebas
- kolagen yg dihasilkan sihat + sempurna
- diperlukan utk penghasilan kulit yg segar dan baru

- melambatkan proses penuaan kulit dgn menstimulasikan pembentukan kolagen

- bertindak sebagai pengadang cahaya UV ukt melindungai kulit drp radiasi UV
- membantu meningkatkan keserian kulit

- membantu mengurangkan hiperpigmentasi kulit

- membantu mengurangkan penampilan garis halus

- membantu mengurangkan lingkaran hitam di bwh mata

- membantu meningkatkan kelembapan kulit

- kaya antioksida polifenolyg boleh meneutralkan radikal bebas merbahaya

- membantu menstimulasikan metabolisme kolagen yg normal


3. Kompleks karotenoid

- bertindak sebagai pengadang cahaya UV utk melindungi kulit drp radiasi UV

- membantu meneutralkan radikal bebas yg tidak menyihatkan

- membantu menyelenggarakan kesihatan kulit dan mukus membran

- membantu mencegah penyakit dan jangkitan kulit


4. serbuk mutiara – bhn kosmetik popular
- kaya dengan kalsium semulajadi bagi menggalakkan kesihatan tulang wajah

(Kajian penyelidikan menunjukkan dgn berlalunya masa, kemerosotan tulang wajah jelas menyumbang kepada kekenduran kulit wajah dan masalah bawah mata seperti ‘mata berongga’)


ISO.3 bertindak melalui sistem CNP dari dalam ke luar:


- Clense: keluarkan toksin


- Nouridge: bina kolagen (kuatkan struktur) dgn membekalkan khasiat pemakanan


- Protect: melindungi kolagen dari kena agen perosak


Ringkasan kebaikan ISO.3

- membantu merangsangkan pembentukan kolagen dan metabolisme

- membantu menggalakkan pembaharuan kulit dan mengurangkan pengecutan otot

- membantu menyelenggarakan kesihatan kulit dan mukus membran

- membantu memperbaiki keserian dan lembapan kulit

- membantu mengurangkan penampilan kedutan dan lingkaran hitam di sekeliling mata

- membantu meneutralkan radikal bebas

- membantu menyahtoksik kulit

- membantu melindungi kulit drp radiasi ultraungu

- membantu mencegah penyakit dan jangkitan kulit

- membantu menyumbang kpd kesihatan menyeluruh pada tulang, gusi, rambut dan kuku

- membantu meningkatkan sistem imun tubuh


Utk siapa ISO.3 nie? Org kulit biasa sahaja :-


- Wanita: keanjalan, kegebuan kulit, hilang darah (tidak digalakkan kepada wanita yg mengandung)
- Warga tua: melegakan sakit sendi/gusi
- Kanak-kanak: vitamin A & C – mata, menghilangkan panau
- Lelaki: boleh elak kanser prostat
-> >50thn mudah dpt kanser ni, disaran makan ½ botol sos tomato setiap hari utk cegah



* tak perlu cari ikan haruan atau gamat utk sembuhkan luka/org baru lps bersalin


* gusi tak kuat, perlu vitamin C = simen kat gusi


* bantu dari segi kerongkong dalaman


* Bantu penglihatan sebab ada pro vitamin A (mcm makan lobak hari2)




Perbandingan jika ambil kolagen & vitamin C secara suntikan (yg popular sekarang):


- sakit! Sbb cucuk di kawasan urat saraf (nerve) paling banyak seperti di muka
- jarum tak steril -> terdedah kepada jangkitan
- mahal: - suntikan vitamin C antara RM200 – RM500 (kene cucuk berulang kali krn x kekal)
- suntikan kolagen: RM1200 – RM2000
- risiko pembengkakan (protein boleh ransang keadaan alahan, ISO.3 kurang risiko kerana cara ambil ialah melalui pemakanan)



Botox ialah satu proses untuk ekstrak toxin dari bakteria yg boleh membekukan (paralyze) muscle
- boleh menyebabkan kancing gigi dan boleh bawa maut



ISO.3 amat amat selamat


- proses pembentukan kolagen secara semulajadi oleh kilang (sel fibroblast) melalui proses CNP
- sumber vitamin D secara semulajadi -> memudahkan pembentukan tulang




Cara pemakanan:


Bulan pertama: 2 sachet sehari, pagi dan petang
Bulan seterusnya: 1 sachet sehari




* diminum (consume) ketika perut kosong, dgn air kosong supaya protein yg terurai tu 100% dpt membentuk kolagen dan tidak diserap oleh agen penghadam.


pengalaman aku SENDIRI..setelah hampir 2 bulan consume iso.3..mmg terasa kulit muka lebih lembut..kalo ada parut jerawat cepat je hilang..


adik ipar aku makan iso.3 ni hasilnya kulit dia tak kelihatan kusam lagi..

lagi..seorang makcik ni..dia buat tepek2 mcm masker..then ada member dia tegur..muka dia berseri seri..

lagi..seorang yg ada panau..makan sehari sekali saje..lepas seminggu dua dah hilang kesan panau tersebut..

dari testimoni2 org lain ni..saya pasti sgt iso.3 ni la specialist kulit yg terbaik! oleh itu…


*Marilah sama-sama kita bersalin kulit tahun ini!*


Quote of the day : "Kulit yang sihat membolehkan kita berhadapan dengan orang dengan penuh semangat dan keyakinan yang tinggi."

Wednesday, August 06, 2008

Ujipah Ver. 3

Assalamualaikum...

Hmm..Alhamdulillah... mujur gaks laa aku tergerak nak bukak blog cik Tipah nie hari nie.... tu pun setelah sekian lama tak membaca blog kenkawan lain disebabkan kebizian yang teramat sangat kebelakangan nie... rerupanya aku belum terlepas Ujipah Ver. 3 nie... lega tul.... tapi bila baca soklannya plaks... adei..tepuk dahi seketika...

Rerupanya kena pilih entri dari blog dia dan citer kenapa aku pilih entri tu... Hmm.. kalau ikutkan banyak jugak entri cik Tipah nie yang aku termiss... tapi sekali sekala ada peluang, aku baca dari yg terkini hingga laa ke sebelum²nya... tu pun mana yang terdaya.. dan semua entri²nya mempunyai keistimewaan tersendiri... cik Tipah nie memang menjadikan blog dia nie satu diari harian dia... semua kisah pahit, manis, masam dan masin ada dalam blog dia nie... Tapi untuk ujian kali nie... sempat gaks laa aku preview semula serba sedikit entri dalam blog terbaru dia nie (yang sebelum² nie ada jugak, tapi takde kesempatan laa nak recall semula cik Tipah.. maaf yek...)

Ok...dipendekkan cerita..aku memilih entri cik Tipah bertarikh 13 September 2006 yang bertajuk "I'm sorry!" Hmm... tak tau laa ada tak orang lain yg akan pilih entri nie atau tak...tapi tak kisah laa.. yang penting meh aku citer naper aku pilih entri nie...

Seingat aku... beberapa tahun kebelakangan nie, dugaan dalam hidup cik Tipah memang banyak... banyak yang tak terkata...kalau baca dalam entri-entri dia nie... hidup dia ada laa sket macam bola... kejap ditendang ke sana...kejap ditendang ke sini... macam tayar pun ye gaks.. kejap kat atas...kejap kat bawah.... so, ada laa happynya... ada laa yg sad story... ada gaks yang mengelirukan... tapi walau macam mana pun dugaan yang dia hadapi... dia tetap sabar dan kuat... itu yang aku nampak... walau macam mana dia menangis pun (aku tak nampak kot yang nie...) tapi dia akan bangkit semula selepas tangisan dia reda... Dalam entri tu, dia ada cakap dia nak tutup blog dia... ada gak dalam satu entri lama dia menyatakan...mebe dia nak gantung keyboard dia... time tu semangat dia hilang... time tu jugak hati dia rusuh dan tak tenang... walaupun aku tak pernah tau apa masalahnya ketika itu, tapi hati aku turut tersayat dengan entrinya. Hati aku turut merasa sedih dan risau dengan keadaan dia.....

Rasanya, masa aku baca blog dia, terbit rasa insaf dalam diri aku... kita nie semua manusia yang lemah... ada waktunya bila datang ujian yang kita rasa teramat berat... masa tu kita akan rasa kerdilnya diri kita... beratnya ujian kita...kita tertanya-tanya kenapa kita ditimpa ujian tu... sampaikan kita kekadang terlupa... Allah sentiasa menduga umatNya sebab Allah sayangkan kita semua... dan Allah takkan turunkan ujian yang tidak tertanggung oleh umatNya... Dan bila kita dalam keadaan yang OK, tapi kawan kita pula yang ditimpa ujian... adakalanya kita terlupa untuk memberikan sokongan kepada mereka, betul tak?

Tapi, masa aku baca entri cik Tipah tu, tersentuh hati aku... tertanya-tanya dalam diri nie "Hmm..takkan cik Tipah nak stop berblog? alahai...sayang tul... aku suka baca entri² dia nie... camner ek aku nak bagi semangat kat dia??" Memang itu yang aku dok pk... tapi takkan aku nak cakap secara direct kat dia... aku agak segan sbb kenal pun baru gitu-gitu ajek... lagi pula, aku sendiri masa tu memang sedang diuji jugak... dalam keadaan jiwa kacau tu sebenarnya memang best bila dapat baca blog cik Tipah nie... tu laa yang aku rasa... jadi dengan kekuatan yang aku ada, aku doakan cik Tipah dari jauh aje... semoga dia diberikan kekuatan oleh Allah untuk meneruskan coretannya.... semoga segala apa yang dia hadapi akan dipermudahkan urusannya oleh Allah... sebab dalam masa yang sama jugak aku doakan untuk diri aku sendiri.... Aku yakin, cik Tipah dikelilingi oleh rakan-rakan dia yang sayangkan dia... dan sudah tentunya rakan-rakan dia akan terus memberikan sokongan padu pada dia... dan aku jugak yakin, seperti aku, pembaca-pembaca setia blog cik Tipah sure turut mendoakan supaya cik Tipah terus tabah mengharungi cabaran-cabaran dalam kehidupan dia...

Dan Alhamdulillah, dalam masa tak sampai sebulan cik Tipah memulakan semula coretannya iaitu pada tanggal Oktober 2, 2006. Aku ingat lagi, sebelum tu koman-koman selang sehari aku akan sentiasa check blog dia sama ada dah ada entri baru atau belum. Sama ada cik Tipah dah kuat atau belum. Selagi belum, selagi tu laa aku turut mendoakan dia. Dan tup tup... bila dia update dengan ucapan terima kasih, Alhamdulillah... aku bersyukur sangat... bukan laa aku nie taksub sangat pada penulisan dia... tapi aku bersyukur kerana Allah dah mudahkan urusan dia... Allah dah bagi semula kekuatan kepada dia...

Dan...sampai laa ke hari ini, dia masih tak jemu-jemu meninggalkan coretan dia dalam blog tersayangnya itu. Dan aku pun masih tak jemu-jemu membaca, menilai, mengambil iktibar dari perjalanan hidup dia... yang mana baik, aku jadikan teladan...mana yang kekurangan, aku jadikan sempadan... dan mana yang mampu aku tegur... aku tegur laa seadanya... betul tak cik Tipah???


Sekian aje coretan aku utk kali nie.. bertemu kita di Ujipah ver. 4 kelak...
wasalam



Quote of the day : " Kalau kita nak mengharapkan perkara yang senang sahaja, sudah pasti perkara yang senang adalah sesuatu yang tidak berbaloi" - Irfan Khairi