Thursday, June 26, 2008

Answers for UJIPAH ver. 1

Assalamualaikum semua...


Hmm... i'm on of the contestant for UJIPAH. Whoever don't know about UJIPAH, come to this link and have a look here =>
CIK TIPAH. Erkk...ape ke hal ler aku berbahasa omputih plaks kat sini ek?? hehehe... ter'tak sengaja' daaa... anyway, the answers are...


1) 3 wishlist yang amat Tipah harapkan


a. hmm..seingat yg aku baca ler.. Cik Tipah kita nie mmg teringin nak bawak ayahanda dan bondanya menunaikan Umrah di Mekah...dan aku pun doakan semoga ianya tertunai dalam masa yang terdekat nie...hehehe


b. erk...apa lagi yek... rasanya dia jugak teringin nak menamatkan zaman part time studynya di UTM tu.... good luck cik Tipah for that...chaiyok! chaiyok!


c. dan akhir skali... cik Tipah mau menamatkan zaman bujangnya dengan orang yang bebetul boleh menyayanginya dan menerima dia seadanya....serta nak honeymoon ke Bali... betul tak?? hehehe



2) 3 warna yang menjadi kegilaan Tipah


a. Hmmm....kalau tak silap...yang paling feveret rasanya kaler PURPLE... kan kan kan??


b. Erkk... apa yerk... kaler PINK jugak kot...


c. Last but not least... GREEN colour...



3) 3 perkataan yang Tipah suka sebut


a. Mencik!!!!


b. Owh! Ek?


c. Hoccay...



4) 3 perangai buruk Tipah


a. Erkk...ada ek? hmm...apa yer... pk sat noo.... hmmm..... mudah terasa hati a.k.a sensitif bangat cik Tipah kita nie.... kan? kan? kan?


b. Suka merempit... tak padan dengan kecomelan dia... ngeh ngeh ngeh...


c. aiseh...apa lagi ek?? macam blurr laa plaks... oh ye... degilnya yang boleh tahan laaa hebatnya... hehehe...



5) 3 perangai sopan Tipah


a. Hmm... cik Tipah kita nie suka berposing-posing dengan ayunya.... tu kira sopan la kan??


b. Suka tolong bagi nasihat kat kenkawan yang perlukan nasihat dia... (yg nie pengalaman aku sendrik laa...)


c. Cik Tipah nie suka senyum....



6) 3 tempat yang Tipah pernah tinggal [pindah-randah]


a. Seingat aku...cik Tipah nie pernah tinggal kat Sentul. Tau masa memula kenal ngan blog dia nih


b. Kepong plaks tempat tinggal skang nie kot.. eh..ye ker?? tu la Cik Tipah nie tak penah ajak ai datang umah dia lagi...isk isk isk...tu yang tak sure tu...


c. Kalau tak silap aku....cik Tipah nie penah gaks kot tinggal di Setapak... ye ker?? ye ker??? nak tau betul ke tak...elok tanya tuan empunya diri... kan Cik Tipah kan??? *wink!* *wink!*



7) 3 perkara yang menarik tentang blog Tipah


a. aku paling suka blog cik Tipah nie sebab dia suka upload gambar... apa aje kisah atau aktiviti dia.. mesti disertai dengan gambar yang cantek cantek...


b. cara Cik Tipah bercerita pun best...cukup bersahaja... dan suka wat aku tersenyum dengan kisah-kisah dia nie...


c. pastu banyak kata-kata motivasi yang secara sengaja atau tak sengaja dia letak dalam blog dia yang buatkan aku yg kekadang tgh rasa down giler boleh jadi ceria semula... (betul tau cik Tipah...tak tipu nie...bukan bodek tau nie...)



8) 3 perkara yang tak suka tentang blog Tipah


alahai...apesal ada soklan nie ek?? susah laa nak jawab... apa yekk.. kena pk lama laa nak jawab soklan nie..anyway, jawapan kat bawah nie bukan tak suka tau...tapi kureng sket je laaa...


a. hmm... oh ye...blog dia nie byk version... bila cik Tipah kecewa..dia akan tutup 1 version blog dia dan bukak blog version baru


b. tulisan kurang kaler-kaler...hik hik hik... (sebab aku suka baca mende banyak kaler... mujur byk gambar (^_~) )


c. apa lagi yek... aduhai... oh ye...slalu ada gambar makan-makan... jeles maa sebab tak dapat join makan-makan yang syedap-syedap tu... bleh tak cenggitu? hehehe..

Tapi...kureng suka pun aku tetap gaks suka baca blog Cik Tipah kita nie.... teruskan tau menulis tu....

So, cik Tipah... nie jawapan yang ai dapat sejak mula baca blog cik Tipah nie... apa pun, harap bergembira dengan jawapan nie...doakan ai slamat pergi dan selamat kembali dari Terengganu ek.... ada sukan Interzon kat sana... tak tau laa ada harapan ke tak nak menang....


Salam permisi....


Quote of The Day :
Baca blog orang tu, jangan laa dengan niat nak mengutuk atau mempersendakan penulis blog itu...tapi baca la untuk menambahkan pengalaman dan amek iktibar apa yang sebaiknya....

Monday, June 23, 2008

B'Young Advanced Functional Beverage

Assalamualaikum semua...


Pernah terfikir tak sebelum nie…berapa agaknya nilai SIHAT kita?SIHAT kita nie sebenarnya tak terkira dan tak ternilai. Ia adalah anugerah Tuhan yang perlu kita pelihara sebaik mungkin. Sekali kesihatan kita ditarik Tuhan, kita takkan mampu menggantikannya. Tapi… macam mana kita nak pelihara? Berapa pula peruntukan yang kita sediakan untuk memelihara SIHAT kita? Apa usaha kita untuk mengekalkan SIHAT kita?


Kita memang boleh hidup tanpa mengambil apa-apa produk kesihatan di zaman millennium nie, tetapi kita akan terdedah dengan RISIKO BESAR dijangkiti penyakit² yang ada di sekitar kita. Hidup sekarang bukannya mudah.


Gaya hidup kita skarang nie memang banyak terdedah kepada punca penyakit terutamanya :-


a. Persekitaran
- udara bersih di luar dan di dalam rumah amat sukar diperolehi, banyak pencemaran
- banyak radikal bebas seperti asap rokok, asap kereta dan kilang yang boleh membunuh kita


b. Pemakanan
- campuran bahan perasa tiruan, pewarna, ajinomoto, suntikan hormone dalam sayuran, makanan ringan, soda, ayam


c. Minuman
- Kualiti air yang amat rendah
- Banyak klorin
- Paip yang berkarat


d. Tekanan/Kualiti Tidur yang rendah
- Stress dari sudut kewangan, kerja dan keluarga
- Tekanan daripada masyarakat sekeliling
- Stress menyebabkan lemah jantung, darah tinggi


So, di kesempatan nie saya nak share tentang produk kesihatan B’Young Advanced Functional Beverage. Ia merupakan satu pemakanan berfungsi yang mana ia membaiki sel-sel dalam badan dan membantu organ dalaman kita untuk berfungsi dengan sempurna supaya sistem tubuh kita turut berfungsi dengan sempurna.


Q & A


Soalan : Kenapa B’young, bukan yang lain?
Jawapan: Kerana kita membeli produk ini bersama insuran. B’ Young mempunyai insurans liabiliti produk bernilai USD 1 juta. Sekiranya ia memberi kesan buruk (penyakit kronik) kepada kita, kita boleh membuat tuntutan ke atasnya.


Soalan: Halal ke?
Jawapan: Produk ini disahkan HALAL oleh JAKIM sendiri.


Soalan: Apa bahan-bahan yg ada dalam B’Young nie?
Jawapan: B’Young terdiri daripada 60 bahan (sayur-sayuran dan buah-buahan). Antara bahan istimewa yang ada ialah Spirulina, Chlorella, esktrak noni @ mengkudu, ekstrak guarana, ekstrak jus kranberi, aloe vera, ekstrak cendawan Shitake dan ekstrak gingko biloba. Bahan-bahan yang ada ni, jika dibeli secara berasingan, sure leceh nak makan sebab kena consume satu persatu. B'Young juga mengandungi lebih 30 bahan berserat tinggi yang membantu merencatkan sel kanser kerana kandungan anti-oksida di dalamnya amat tinggi.


Soalan: Apa fungsi B’Young nie?
Jawapan : Ia memberikan penjagaan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. B’Young membaiki sel-sel dalam tubuh kita serta merangsang dan membaik pulih segala sel-sel yang rosak. Apabila sel-sel dalam badan kita sihat, ia membentuk tisu yang sihat. Tisu yang sihat pula membentuk organ yang sihat. Organ yang sihat pula akan menyempurnakan sistem dalam tubuh badan kita supaya dapat berfungsi dengan baik.


Soalan : B’Young ni macam ubat ke atau supplement pil ke?
Jawapan : Bukan. B’Young bukan ubat dan juga bukan pemakanan tambahan biasa. Ubat biasanya akan terus memulihkan kawasan yang sakit (macam demam atau selsema) tetapi adakalanya turut memberi kesan negative di mana ia merosakkan sel-sel yang sihat disekelilingnya. Tetapi B’young ni merupakan MAKANAN BERFUNGSI sebab ia membaiki fungsi sistem badan kita yang kurang sempurna.


Soalan: Macam mana cara B’Young ni berfungsi sebenarnya?
Jawapan: Ia berfunsi dengan 3 cara utama iaitu SINGKIR, REHAT dan PULIH.
SINGKIR – ia menyingkirkan segala toksin kolestrol yang terkumpul di dalam badan kita melalui perkumuhan, pembuangan najis dan juga perpeluhan secara semulajadi. Ia turut menyingkirkan lemak yang berlebihan di dalam badan
REHAT – membolehkan kita mendapat tidur yang sempurna dan berkualiti sekaligus memberi kesan positif terhadap semua penyakit kerana rehat ini amat penting untuk proses pemulihan
PULIH – membolehkan sistem hormon mengeluarkan hormon secara semulajadi untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan serta memulihkan sel-sel yang rosak. Ia turut menggantikan sel-sel yang baru untuk pembaikan organ-organ dalam badan.


Soalan: Macam mana nak makan B’Young ni?
Jawapan: Caranya amat mudah di mana ianya perlu dibancuh di dalam air yang sejuk/biasa, goncang dan terus minum. Ia juga boleh dibancuh bersama jus buah yang lain. Elakkan dari membancuhnya dengan air yang panas.


Soalan : Sampai bila perlu makan B’Young ni?
Jawapan : Cara permulaan yang terbaik adalah dengan memakannya selama 3 bulan berturut-turut dan berterusan kerana proses pembersihan dan pemulihan sel mengambil masa selama 90 hari.


Soalan: Berapa harga B’Young ni?
Jawapan: B’Young terbahagi kepada 3 kategori.
Kategori 1 : Orang yang sihat walafiat –pakej Supreme Gold 90 sachet x 17g
Customer Price : RM889 Distributor Price : RM729

Kategori 2 : Orang yang sakit bukan kritikal – pakej Premium Standard 90 sachet x 17g
Customer Price : RM714 Distributor Price : RM585

Kategori 3 : Orang yang mempunyai sakit kritikal – pakej Maintenance Course 90 sachet x 17g
Customer Price : RM443 Distributor Price : RM363


Soalan: Mahalnya???!!!
Jawapan : Andai dalam sebulan perbelanjaan pil/makanan tambahan untuk kesihatan dibeli secara berasingan untuk sebulan :
Vitamin C (sebotol) = RM50
Spirulina = RM100
B-Complex (minda) = RM60
Evening Primrose Oil = RM100
Cendawan lingzhi = RM300
Goji Guarana = RM60
Jumlah = RM 670


Bagi B’Young Supreme Gold yang berharga RM729, dalam sebulan (RM729 / 30 hari) = RM24 sehari dan bagi setiap sachet harganya lebih kurang (RM24/ 3 pek) @ RM 8 per sachet. Jadinya dengan 60 ramuan yang ada, rasanya berbaloi untuk kesihatan dalaman kita.


Kalau dingat-ingatkan la...pernah tak kita servis anggota dalaman badan kita? Jantung kita? Lutut, hati, sendi dan organ-organ lain?

Katalah usia kita sekarang ialah 30 tahun. Dan kita beli pakej Supreme Gold untuk 3 bulan (RM729 x 3) = RM2187 dengan tujuan nak servis badan.

RM 2187 / 30 tahun = RM72.90 setahun / 12 bulan = RM6.07 / 30 hari = RM0.20 sehari

Kalaulah kereta yang kita gunakan boleh kita hantar pergi servis 3 bulan sekali dengan kos lebih kurang RM70, kenapa tidak kita servis juga badan kita? Macam mana kita sayang kereta kita, begitu jugak la kita kena sayangkan diri kita sendiri.


Kesihatan dalaman akan memberi banyak kebaikan kepada kita especially memudahkan kita untuk beribadat, bersenam, beramal dan membuat kebaikan kepada orang lain jua. Bila kita sihat, kita juga akan gembira dan boleh memberikan kegembiraan kepada orang sekeliling kita, betul tak?


So, sekian dulu untuk kali nie. Sebarang pertanyaan boleh e-mel saya di
aicomei@yahoo.com.


Quote for the day : Kesihatan dalaman turut mencantikkan fizikal luaran kita. :D Jadi, nikmatilah kesihatan yang Tuhan berikan pada hari ini dengan sebaiknya.

Wednesday, June 11, 2008

BEYOND WATER ™ - Bio-Active Reforming System

Rasanya zaman sekarang nie semua orang dah ada kesedaran tentang kepentingan pengambilan air bersih dalam kehidupan seharian. Kita tau air yang masuk ke rumah kita setiap hari sentiasa ada klorin .


Fungsi air dalam tubuh kita :-
1. Elemen asas yang penting, badan kita ada >70% air

2. Mengawal atur suhu demam (oo patutla kalau demam, mak suruh minum air banyak-banyak).

3. Membuang sisa badan

4. Menghasilkan gigi dan tulang yang kuat

5. Agen pengangkut mineral

6. Mencegah sembelit

7. Otak,paru-paru, hati, ginjal,saluran darah (komposisi > 80% air)


Kesimpulannya, kita adalah apa yang kita minum, betul,kan?


Situasi Malaysia:Asap-asap yang dilepaskan mengandungi pelbagai toksik, plumbum, merkuri – semuanya boleh membawa kepada kecacatan janin.Terutamanya kita-kita yang tinggal di kawasan Lembah Klang ni.Water treatment bukan lagi satu keperluan tapi satu kewajipan dalam rumah kita.


Q & A


Soalan :
Adakah selamat meminum air yang berklorin?

Jawapannya : TIDAK!



Soalan : Sanggupkah kita minum 1 cawan bahan kimia?
Jawapannya: Tak sanggup kan...



Patutla kalau kita pelihara ikan, dan hanya letakkan ikan-ikan kita tu cantik berenang macam tu je, nenanti ikan-ikan tu akan mati sendiri. Makanan ikan, kita dah bagi dah. Sistem air pun dah OK. Tapi kita terlupa nak letak alat pembuang klorin tu. Jadinya ikan-ikan tu hidup dalam air yang rosak.


Jika klorin dpt membunuh bakteria & ikan dalam akuarium, fikirkan apakah kesannya terhadap tubuh anda!


Ringkasnya klorin merupakan racun serangga mengikut takrif Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (US EPA) di mana fungsi utamanya ialah untuk membunuh organisma hidup. Apabila kita meminum air yang mengandungi klorin, ia merosakkan sebahagian dari tubuh kita, memusnahkan sel dan tisu badan.


“Klorin merupakan perosak dan pembunuh yang paling hebat pada zaman moden. Ia merupakan racun yang terpendam.”


“Punca aterosklerosis yang mengakibatkan serangan jantung dan strok, tidak lain dan tidak bukan adalah klorin dalam air minuman.”
- Koronari / kolesterol / klorin, oleh Dr. Joseph M. Price, M.D.


“Banyak agen-agen karsinogenik mengambil masa 20 hingga 30 tahun sebelum menunjukkan kesannya, ketika itu sudah agak terlambat.”
- Air Yang Sihat Untuk Usia Yang Panjang, oleh Martin Fox


Soalan :Kalau dah tahu klorin itu merbahaya, kenapa letak juga?

Jawapan:Tidak ada cara lain untuk membunuh segala kotoran bawaan air kecuali dengan cara tu dalam mana-mana rawatan air.Kos yang agak murah.



Soalan :Jadi?

Jawapan:Menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk memastikan air yang kita gunakan itu adalah benar-benar air yang bersih, tulen, tidak tercemar dengan bahan-bahan kimia yang dinyatakan di atas.



Jadi?

Allah sudah menjadikan setiap permasalahan tu ada penyelesaiannya.

Solution: Water treatment.


Konsepnya kembali kepada alam semulajadi kita. Dari tasik/sungai, melalui proses pemeluwapan, jadi awan, turun semula dalam rintik-rintik hujan, hujan turun melalui gunung-ganang,menyerap masuk dalam lapisan-lapisan tanah,kembali menjadi air. Tentunya air yang terbaik adalah air mata air. (Air zam-zam berpunca dari mata air).



Macam kita belajar dahulu, tentunya pernah buat ekseriman,air ditapis oleh lapisan-lapisan tanah yang berbeza. Untuk mendapatkan mineral, ion, magnet dan sebagainya.


Konsep alam ciptaan Tuhan yang lengkap inilah yang diulangi/ditiru oleh manusia dalam penghasilan water treatment.


So, kat sini saje je la nie nak perkenalkan salah satu water treatment yang ada dalam Malaysia nie iaitu Beyond Water Bio-Active Reforming System (Sistem penapisan air ) menghasilkan air hidup semula jadi (seperti mata air) yang dapat menolong mengoptimumkan fungsi organ tubuh, nutrien bersel dan metabolik. Ia mengandungi "biotenaga" hidup yang unik menerusi rawatan FIR serta menyediakan manfaat menyeluruh air yang dimagnetkan melalui proses pemagnetan berkuasa tinggi.





Ciri-ciri Beyond Water ™
>> Dihasilkan menerusi Teknologi Pemulihan Air yang termaju pada masa kini.
>> Dicipta untuk membekalkan para pengguna dengan air minuman berkualiti tinggi yang lazat, tulen dan diaktifkan.
>> Kebuk penapis lutsinar yang unik.
>> Binaan kukuh dan tahan lasak.
>> Tahan lama dan senang dipasang.
>> Dipercayai dan mudah digunakan.
>> Perlukan penyelenggaraan minimum atau tiada langsung.
>> Tidak menyebabkan pembaziran air.
>> Air minuman menjadi jernih, bersih dan tulen setiap masa.


Keunikan Beyond Water ™
>> Jaminan Insurans Liabiliti Produk sebanyak USD1 Juta.
>> Khidmat lepas jualan yang meluas di seluruh negara.
>> Servis dan penggantian dengan alat-alat ganti yang asli.
>> Pemasangan yang mudah dan senang digunakan


Technical Spec Beyond Water

5P+1F

1.Penapisan

2.Penyingkiran

3.Penulenan

4.Pengaktifan

5.Pemagnetan

6.FIR



FIR = Far Infa Red = molekul2 air yang bergetar tu berupaya memecahkan molekul-molekul yang padat tu menjadi "longgar". Menyenangkan pengaliran air dan oksigen tu diangkut ke seluruh badan.


Memandangkan peri pentingnya water treatment ini dalam kehidupan seharian kita dewasa ini, saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk memperkenalkan kepada kawan-kawan/masyarakat dan sesiapa sahaja di luar sana.


Andai kata ada yang berminat :-

Harga Customer: RM3,198
Harga Distributor: RM2,620


Kalau tak dapat nak bayar sekaligus, boleh je bayar 2 kali.


Kalau ada apa-apa nak tanya, dialu-alukan.... boleh je email kepada saya di
aicomei@yahoo.com atau just call...



Quote of The Day : Kita adalah apa yang kita minum... :)